Siakap Keli
Gambar: Chinese Xinhua News

Doktor Pakar Ketuai Operasi Pembedahan Dari Jarak 1000Km Dengan Teknologi 5G Huawei

Kemajuan teknologi memberi banyak manfaat kepada orang ramai dari segi pelbagai aspek antaranya komunikasi dan penjagaan kesihatan.

Apabila pembangunan teknologi dalam kedua-dua aspek ini digabungkan maka penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah.

Dengan kewujudan internet laju 5G dengan latensi rendah, doktor-doktor di China kini boleh memantau pembedahan secara “real time” pada jarak yang jauh secara lebih efisien.

Dalam video dikongsikan oleh China Xinhua News, sekumpulan doktor telah memantau pembedahan tulang pesakit yang berada pada jarak 1000 kilometer dari tempat doktor tersebut berada.

Hal ini kerana 80 peratus sumber perubatan di negara tersebut hanya tertumpu di bahagian bandar manakala kawasan luar bandar tidak mendapat manfaat yang serupa. Dengan pembangunan teleperubatan, masalah ini dapat diselesaikan.

Huawei dan syarikat telekomunikasi China telah menjadi penyumbang utama dalam pembangunan teknologi peralatan perubatan tersebut.

Dalam video ini, para doktor di Beijing memberi arahan dan memantau pembedahan tulang di dua hospital berbeza di timur China Shandong dan Zhejiang pada masa yang sama secara real time.

Sumber: China Xinhua News

Amira

Love yourself.