Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kenali ‘Social Climber’, Penyakit Jiwa Orang Suka Nampak Kaya Tapi Hakikat Adalah Sebenar Sebaliknya

Tampil hidup sederhana, menjadikan anda lebih bahagia.

Apakah anda mempunyai kawan yang hobinya suka pamerkan barang berharganya di media sosial? Apabila membeli beg baru, segera dipamerkan ke media sosial, telefon bimbit baru, kasut baru, makan di restoran mahal, menonton wayang bahkan gambardepan cermin tandas dan sebagainya yang kelihatan mewah pasti dipaparkan ke media sosial.

Lebih parah lagi, ketika keadaan sebenar tidak sama seperti yang dipaparkan ke media sosial. Jika di media sosial seseorang mempamerkan kehidupan mewah dan ‘glamour’, namun kenyataannya dia bukanlah orang kaya. Malah orang yang selalunya melakukan tabiat ini adalah mereka yang sebenarnya dari kelas menengah bawah.

Gambar Hiasan

Apa itu penyakit jiwa Social Climber?

Dari segi perilaku, ia biasanya dibahasakan dengan istilah ‘Social Climber’. Pada dasarnya, seseorang melakukan hal ini kerana untuk meningkatkan status sosialnya. Segala hal dilakukan untuk mendapat pengiktirafan status sosial lebih tinggi berbanding status sebenar.

Kebiasaannya, orang yang menderita gaya hidup ‘social climber’, perilakunya cenderung lebih ingin terlihat mewah dan ‘glamour’. Dengan gaya hidup yang sedemikian, seseorang itu inginkan pengiktirafan sebagai orang kaya, walaupun keadaan hidup sebenarnya adalah sebaliknya dari yang dipamerkan di media sosial.

Gambar Hiasan

Sebenarnya tidak salah jika anda mahu dianggap sebagai orang kaya, namun bagi golongan ‘social climber’ tetap akan melakukannya dengan cara apa sekalipun termasuk menipu media dan diri sendiri. Ingin kelihatan kaya tanpa melalui proses pertama untuk menjadi orang kaya sebenar.

Biasanya individu ‘social climber’ ini akan merasa tidak selesa, tidak yakin dan bimbang tidak akan diterima oleh masyarakat serta persekitaran jika mereka tidak kelihatan kaya dan ‘glamour’. Maka dari itu, segala cara dilakukan untuk terlihat mewah.

Selalu merasa bimbang, dan tidak yakin apabila tidak menggunakan barang yang berjenama serta terkenal, itulah merupakan gejala orang yang menderita ‘social climber’. Penderitaan ini juga boleh dikategorikan sebagai ‘penyakit psikiatri’. Individu seperti ini akan merasa cemas dan takut jika kelihatan miskin, merasa sangat rendah diri, tidak dapat menerima keadaan hidup yang sebenar.

‘Social climber’ ini berbeza dengan orang kaya sebenar. Orang kaya sebenar yang pernah melalui proses perjuangan panjang untuk menjadi kaya akan lebih tenang walaupun ia memiliki banyak wang berbanding dengan golongan ini. Hal ini boleh dibuktikan dengan melihat orang-orang yang sudah berjaya kaya terutamanya para usahawan terkaya seperti Mark Zuckerberg, beliau sangat kelihatan sederhana dari segi penampilannya.

Adakah penyakit Social Climber ini berbahaya?

Tentunya sangat bahaya! Social Climber ini adalah benih penyakit mental yang sangat bahaya. Kembali kepada perbincangan di atas, ‘social climber’ ini boleh melakukan apa saja perkara yang boleh melampaui batas agar kehidupannya terlihat seolah-olah mempunyai status sosial tinggi dengan perkara yang lebih praktikal dan tanpa melalui proses.

Melalui sudut inilah, penderita ‘social climber’ boleh melakukan perkara-perkara negatif yang melampaui batas agar kelihatan mewah. Seperti contoh, penjawat awam pada kelas bawahan yang inginkan hidup dengan memiliki rumah mewah, kereta mewah, barang-barang harian yang mahal, tentunya gaji daripada pekerjaan asal itu tidak cukup untuk memenuhi segala kehendak mewah yang diinginkan, dan akan menggunakan jalan pintas yang mungkin dengan merasuah.

Akibat daripada penyakit jiwa ‘social climber’ ini, mereka bukanlah individu yang melakukan penipuan untuk kehidupan mewah. Mungkin boleh dilihat daripada kes di beberapa waktu yang lalu dimana ada seorang individu yang membeli kereta mewah dan ‘smartphone’ mahal dengan menggunakan wang hasil dari sumbangan yang dikutipnya, padahal wang itu bukanlah haknya. Kejadian ini berlaku mungkin kerana individu tersebut merupakan pesakit ‘social climber’.

Gambar Hiasan

Ingin menjadi orang kaya tidak salah, namun harus melalui proses yang betul tanpa menggunakan jalan pintas. Walaupun anda memiliki wang yang banyak, bukankah menjalani kehidupan sederhana itu adalah sifat yang lebih mulia dan akan menjadikan anda untuk hidup lebih tenang?

Tampilkan apa yang ada, hidup bersederhana dengan apa yang kita ada dan tidak perlulah berbohong terhadap diri sendiri apatah lagi membohongi orang lain. Syukuri apa yang kita ada saat ini, kerana dengan bersyukur, kita akan merasa satu kepuasan yang sangat luar biasa.

Sumber: inovasee

Eyen Mirlen

write deeply from your heart