Siakap Keli
Foto: FB Perbadanan Putrajaya

(Video) Tular Hingga Luar Negara, Tindakan Keluarga Dari Malaysia Ini Wajar Dicontohi

Mahu atau tidak, kita perlu akui bahawa kesedaran masyarakat di negara ini berkenaan kebersihan alam sekitar masih lagi rendah. Bukan sahaja berkaitan pencemaran, tetapi sampah sarap masih lagi bertaburan di sisi-sisi jalan raya, koridor bangunan atau laluan pejalan kaki di negara ini.

Oleh itu, usaha untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat perlu diperluaskan lagi agar perkara ini tidak akan terus membawa keburukan kepada nama baik negara ini di mata pelancong, terutamanya.

Usaha untuk melakukannya bukan hanya terletak di bahu kerajaan sahaja, tetapi kita sebagai rakyat juga boleh memupuk nilai kebersihan pada orang lain, termasuk pada ahli keluarga sendiri dari rumah lagi.

Mungkin itulah yang cuba dilakukan oleh sebuah keluarga yang sedang bersenam di satu kawasan yang dipercayai bertempat di Putrajaya ini.

Apa yang menarik ialah sambil mereka bersenam, keluarga ini turut mengambil kesempatan untuk membersihkan kawasan sekitar laluan mereka berlari ketika itu.

Video mengenai perbuatan keluarga ini telah dikirimkan oleh Perbadanan Putrajaya di Facebook mereka pada awal bulan lalu, namun ia hanya menjadi tular baru-baru ini.

Inilah sikap yang patut dicontohi oleh semua.Sambil-sambil beriadah bersama keluarga, mereka mengambil peluang mengutip sampah sarap yang ada disekitar mereka. Mungkin itu salah satu ajaran yang diterapkan oleh ibu bapa ini kepada anak-anak mereka. 🌳🌼 Kebersihan bukan sahaja di rumah, malah di sekitar kita juga. Mari sama-sama kita terapkan nilai-nilai murni sebegini dalam diri dan juga anak-anak untuk masa hadapan yang lebih baik.Lokasi di PPAM Larai Putrajaya. Terima kasih kepada penghuni yang sudi berkongsi video rakaman anda ini kepada kami. #Putrajaya #PutrajayaBersih #PutrajayaIndah

Posted by Perbadanan Putrajaya on Wednesday, 1 May 2019

Keluarga itu bukan sahaja mengutip sampah yang berada di laluan mereka, namun mereka juga dilihat masuk ke kawasan semak di sisi laluan semata-mata untuk mengutip sampah.

Tambahan pula, keluarga ini disertai oleh dua orang anak yang masih kecil dan tindakan dua orang dewasa dipercayai ibu bapa mereka itu jelas mendapat pujian netizen dan mengakui perbuatan keluarga ini wajar dicontohi semua orang.

Foto: FB Perbadanan Putrajaya
Foto: FB Perbadanan Putrajaya
Foto: FB Perbadanan Putrajaya

Malah, video ini telah tular sehingga ke luar negara apabila dikongsikan beberapa akaun antarabangsa termasuk @IlmFeed di Twitter.

Sumber: FB Perbadanan Putrajaya

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.