Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
rasuah imej kementerian Keselamatan anwar
Gambar: Bernama

Rasuah: Tindakan Undang-Undang Tidak Wajar Cemari Imej Kementerian, Pasukan Keselamatan – PM Anwar

Iqbal Yasir

Rasuah: Tindakan Undang-Undang Tidak Wajar Cemari Imej Kementerian, Pasukan Keselamatan – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar tidak timbul sebarang persepsi negatif terhadap mana-mana kementerian atau pasukan keselamatan susulan tindakan undang-undang yang diambil berhubung kelemahan dalam pelaksanaan projek tertentu.

Perdana Menteri berkata tindakan tegas itu hanya membabitkan segelintir pegawai yang didapati terlibat dalam kes rasuah dan tidak seharusnya dikaitkan dengan imej atau kredibiliti keseluruhan kementerian atau agensi terlibat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun prestasi pelaksanaan projek fizikal pada tahun-tahun terdahulu secara umumnya adalah baik, kerajaan me nyedari masih terdapat beberapa kementerian yang belum mencapai sepenuhnya sasaran pelaksanaan projek, khususnya bagi tempoh tahun lepas.

Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar semalam.

“Seperti isu rasuah, ia hanya membabitkan segelintir kecil. Saya mahu rakan-rakan di pasukan keselamatan, tentera dan polis memahami bahawa secara keseluruhannya mereka berwibawa, cekap dan telah banyak berkorban.

“Sama juga dengan kementerian. Apabila ada teguran supaya prestasi diperbaiki, ia tidak bermakna keseluruhan jentera itu gagal, sebaliknya beberapa tindakan perlu disegerakan, khususnya melibatkan projek-projek kecil yang memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini hari ini.

BACA: Semua Keputusan Perolehan ATM, PDRM Terkait Isu Rasuah Dibekukan Sementara – PM Anwar

Sehubungan itu, Anwar menegaskan tindakan sewajarnya perlu diambil kepada pegawai-pegawai tertentu yang terlibat, tanpa menghukum atau mencemarkan imej keseluruhan kementerian atau pasukan keselamatan.

Semalam, Shamsul Azri dilaporkan berkata seramai 14 ketua setiausaha (KSU) kementerian akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung kegagalan kementerian masing-masing mencapai sasaran pelaksanaan pembangunan projek fizikal tahun lepas.

Tanpa memperincikan kementerian terlibat, beliau berkata pencapaian perbelanjaan pembangunan asas (DE Asas) negara tahun lepas hanya mencapai purata nasional 87.91 peratus.

Menurut Shamsul Azri, projek berkepentingan rakyat seperti pembinaan serta kerja-kerja naik taraf infrastruktur jalan raya, sekolah, klinik dan hospital tetap dilaksanakan, namun pelaksanaannya berjalan agak perlahan.

Sumber: Bernama

BACA: Airlangga Dakwa Singapura Antara Negara Jiran Tak Senang Duduk Lihat Ekonomi Indonesia Maju