Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Airlangga Singapura indonesia maju
Gambar: Kompas.com

Airlangga Dakwa Singapura Antara Negara Jiran Tak Senang Duduk Lihat Ekonomi Indonesia Maju

Iqbal Yasir

Airlangga Dakwa Singapura Antara Negara Jiran Tak Senang Duduk Lihat Ekonomi Indonesia Maju

Menteri Penyelaras Bidang Perekonomian Indonesia, Airlangga Hartarto mendakwa terdapat negara jiran yang tidak senang duduk melihat kemajuan ekonomi Indonesia, dengan Singapura disebut sebagai salah satu negara, lapor Kompas.com.

Kenyataan itu diucapkan oleh beliau sewaktu acara road to Jakarta Food Security Summit (JFSS) 2026 di Jakarta Selatan, pada 13 Januari lalu.

Ujarnya Airlangga, Indonesia kini semakin aktif terlibat dalam pelbagai perjanjian perdagangan bebas, menjadikan persaingan serantau semakin sengit.

“Singapura juga tidak begitu senang jika Indonesia menyertai keseluruhan perjanjian perdagangan bebas.

“Malah, ada juga usaha-usaha untuk mengganggu Indonesia,” katanya.

Beliau menjelaskan, kerajaan yang diterajui Presiden Prabowo Subianto akan terus memperluaskan akses pasaran antarabangsa.

Ia sebagai strategi untuk mengekalkan daya saing ekonomi negara di tengah-tengah dinamik global.

Indonesia Tersenarai Negara Paling Agresif Buka Pasaran Ekonomi 2025

Berdasarkan kajian sebuah syarikat dari Switzerland, Indonesia disenaraikan sebagai antara negara paling agresif membuka pasaran sepanjang tahun 2025.

Usaha itu dapat dilihat melalui pelbagai perjanjian perdagangan yang terus digerakkan, termasuk Indonesia-European Union Comprehensive Economic Partnership Agreement (EU-CEPA), kerjasama perdagangan dengan Kanada, serta persiapan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) ke arah CEPA dengan United Kingdom.

Selain itu, Indonesia juga telah menandatangani perjanjian dengan Eurasian Economic Union (IAEU) serta menjadi sebahagian daripada Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) yang merangkumi ASEAN, Jepun, Korea Selatan, China, Australia dan New Zealand.

“Jika diibaratkan dalam perlumbaan, berbanding negara ASEAN lain, Indonesia kini berada di kedudukan pole position,” katanya lagi.

Beliau juga menambah, Indonesia kini sedang melalui proses semakan teknikal bagi menyertai Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).

Sementara negara lain seperti Thailand turut berusaha mengikuti jejak Indonesia bagi memasuki kelompok negara-negara maju tersebut.

Sementara itu, dalam skim perjanjian Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP), Indonesia masih ketinggalan berbanding Singapura, Malaysia dan Vietnam.

Namun, Airlangga memberi jaminan bahawa proses keanggotaan tetap diteruskan.

“Kedudukan Indonesia semakin kukuh disokong oleh beberapa kelebihan struktur. Pertama, akses pasaran Indonesia yang terbuka menjadikannya antara alternatif pertumbuhan ekonomi global terbesar selepas China.

“Kedua, daya saing tenaga nasional dinilai lebih kompetitif berbanding beberapa negara lain, termasuk China dan Vietnam.

“Ketiga, Indonesia memiliki sumber tenaga manusia yang relatif kompetitif. Keempat, selain bergantung kepada eksport, Indonesia turut mempunyai pasaran domestik yang besar dan berdaya tahan sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi.

“Dengan kekuatan ini, kedudukan kita sebenarnya sudah sangat kukuh,” tegasnya.

Sumber: Kompas

BACA: Prabowo Terharu, Indonesia Antara Negara Paling Bahagia Di Dunia

BACA: Indonesia Diiktiraf Antara Negara Paling Selamat Di Dunia