Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Indonesia Negara selamat dunia
Gambar: Bernama
Indonesia Diiktiraf Antara Negara Paling Selamat Di Dunia

Iqbal Yasir

Indonesia Diiktiraf Antara Negara Paling Selamat Di Dunia

JAKARTA — Indonesia diiktiraf sebagai antara negara paling selamat di dunia menerusi Laporan Keselamatan Global 2025 Gallup, selepas menduduki tempat ke-19 dalam Indeks Undang-Undang dan Ketenteraman.

Manakala negara itu turut berada di kedudukan ke-25 dunia bagi peratusan rakyat yang berasa selamat berjalan sendirian pada waktu malam, lapor agensi berita ANTARA.

Ketua Polis Negara (Polri), Jeneral Listyo Sigit Prabowo, menyifatkan pencapaian itu sebagai cerminan tahap kepercayaan masyarakat terhadap pasukan keselamatan, ketika berucap dalam taklimat akhir tahun di Ibu Pejabat Polri di Jakarta pada Selasa.

Beliau berkata, laporan tersebut yang berlandaskan maklum balas kira-kira 145,000 orang dewasa dari 144 negara dan wilayah pada 2024.

Hasilnya, Indonesia merekodkan skor 89 bagi Indeks Undang-Undang dan Kententeraman.

Skor itu meletakkan Indonesia mengatasi Jepun dan Amerika Syarikat, yang masing-masing mencatatkan skor 86 dan 84.

Tambah Listyo, 83 peratus responden di Indonesia melaporkan berasa selamat berjalan bersendirian pada waktu malam, sekali gus menempatkan negara itu di kedudukan ke-25 di peringkat global, manakala Singapura mendahului senarai dengan 98 peratus.

“Data ini menunjukkan bahawa Indonesia menikmati tahap keselamatan dan ketenteraman yang kukuh, yang dirasai secara langsung oleh masyarakat,” katanya.

BACA: Indonesia Larang Kibar Bendera One Piece Secara Sembarangan Menjelang Hari Merdeka

Merujuk kepada data domestik, beliau berkata satu tinjauan yang dikeluarkan pada November 2025 oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kompas meletakkan Polri dalam kalangan tiga institusi dengan tahap kepercayaan awam tertinggi.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata Polri turut menduduki tempat pertama sebagai institusi penguatkuasaan undang-undang paling dipercayai, dengan kadar kelulusan 78.2 peratus.

“Pencapaian ini memberikan suntikan semangat kepada institusi dan anggota kami untuk terus berkhidmat kepada masyarakat secara lebih profesional dan bertanggungjawab,” katanya.

Namun, di sebalik kemajuan tersebut beliau mengingatkan anggota supaya tidak leka dan menyeru penambahbaikan serta penilaian berterusan bagi mengekalkan reformasi institusi.

“Tahap kepercayaan awam yang tinggi terhadap Polri merupakan modal berharga untuk kami terus melindungi dan berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya lagi.

Sumber: ANTARA News