Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
indonesia one piece
Kredit: TikTok/ Detik.com
Indonesia Larang Kibar Bendera One Piece Secara Sembarangan Menjelang Hari Merdeka

Sofea

Indonesia Larang Kibar Bendera One Piece Secara Sembarangan Menjelang Hari Merdeka

Orang ramai di Indonesia diberi amaran agar tidak mengibarkan bendera One Piece secara sembarangan menjelang Hari Kemerdekaan negara itu pada 17 Ogos depan.

Memetik laporan Kompas, tindakan itu adalah melanggar peruntukan undang-undang yang terpakai dan menghina bendera Merah dan Putih. Jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan hukuman penjara atau denda.

Walaupun ia dilakukan sebagai bentuk ekspresi dan kritikan, orang ramai dinasihatkan agar tetap mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Pengkaji Dasar Awam, Riko Noviantoro berkata orang ramai perlu memahami batasan undang-undang mengibarkan bendera selain Merah Putih di ruang awam terutama ketika sambutan hari kemerdekaan.

“Idea untuk mengibarkan bendera One Piece pada 17 Ogos ini perlu dipertimbangkan dengan matang.

“Jika didapati ada yang melanggar peraturan, sekatan mungkin dikenakan. Saya harap orang ramai memahami perkara ini,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam konteks menaikkan bendera bersama, kedudukan bendera Merah Putih tidak boleh lebih rendah daripada bendera lain termasuk bendera One Piece.

Perkara itu termaktub dalam Undang-Undang Nombor 24 Tahun 2009 mengenai Bendera, Bahasa dan Lambang Negara dan Lagu Kebangsaan.

“Secara peribadi, bendera One Piece tidak sepatutnya dinaikkan lebih tinggi daripada bendera Merah Putih. Hal ini kerana, bendera Merah Putih adalah sebahagian daripada lambang perpaduan negara,” ujarnya lagi.

Walaupun tiada larangan khas mengenai pengibaran bendera budaya pop atau fiksyen, undang-undang sedia ada mengandungi peraturan teknikal mengenai susun atur dan cara menghormati bendera negara itu.

BACA JUGA: Bendera One Piece Trending Di Indonesia, Rupanya Ini Sebabnya

Sebagai contoh, jika bendera lain dikibarkan bersama Merah Putih, maka bendera Merah Putih perlulah berada pada kedudukan yang lebih tinggi dan bersaiz lebih besar.

Individu yang tidak mematuhi peraturan juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sebanyak Rp500 juta, jika terbukti mencemarkan atau menghina bendera negara.

Sementara itu, Menteri Koordinator Hal Ehwal Politik dan Keselamatan, Budi Gunawan menegaskan kerajaan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mendapati sebarang cubaan sengaja menyebarkan naratif menaikkan bendera One Piece menjelang Ulang Tahun ke-80 Republik Indonesia.

Terdahulu, fenomena pengibaran bendera One Piece di negara itu mencuri tumpuan ramai. Ia telah dikibarkan di pelbagai lokasi termasuk di pagar rumah, bot kayu dan trak.

Pengibaran itu dikatakan sebagai salah satu bentuk sindiran dan kritikan kepada kerajaan negara itu.

Sumber: Kompas