Siakap Keli

Didakwa Jatuh Ketika Bermain, Kanak-Kanak Cedera Teruk Mata Tertusuk Kunci

Tular di media sosial gambar seorang kanak-kanak yang mengerang kesakitan dan menangis akibat tertusuk kunci pada mata kanannya.

Kanak-kanak tersebut dikatakan sedang bermain sebelum terjatuh, menyebabkan kunci tersebut tercucuk tepat pada matanya.

Walaubagaimanapun, keadaan mangsa tidak dapat dipastikan kerana tiada maklumat lengkap kejadian dilaporkan.

Ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan meletakkan kunci pada tempat yang selamat ataupun digantung agar tidak dicapai anak-anak kecil.

Kes kemalangan melibatkan kunci ini pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, antaranya melibatkan seorang lelaki yang terpijak kunci motosikal miliknya sehingga kunci tersebut menembusi telapak kaki mangsa.

Kunci tertancap pada tapak kaki mangsa.

Dalam kes lain, seorang lelaki tertusuk kunci pada kepala ketika terlibat dalam pergaduhan di Maharashtra, India.

Sumber: Group Media #dttb

Amira

Love yourself.