Siakap Keli

Gunung Berapi Meletus, Penduduk Dinasihatkan Tidak Menjalankan Sebarang Aktiviti Sekitar Kawasan Gunung

Sebuah gunung berapi di perbatasan Yogyakarta dan Jawa Tengah pada hari ini telah meletus dan mengeluarkan lava tunggal. Menurut Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), lava yang dimuntahkan oleh gunung tersebut meluncur kira-kira sejauh 850 meter.

Pergerakan lava tersebut telah dipantau melalui rakaman kamera litar tertutup dan melaporkan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa. Sementara itu, berlaku gempa bumi dengan amplitud 4 hingga 27 mm dalam tempoh 4.18 hingga 85 saat.

Pada masa ini, BPPTKG mengesahkan bahawa status gunung tersebut berada pada tahap II iaitu di dalam keadaan waspada.  Menurut Presiden BPPTKG, aktiviti-aktiviti rekreasi seperti pendakian tidak dibenarkan untuk dijalankan pada waktu ini. Namun, pengecualian dibenarkan ke atas tujuan penyiasatan dan penyelidikan yang berkaitan dengan bencana berkenaan.

Penduduk sekitar juga dinasihatkan untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti di dalam radius tiga kilometer dari puncak gunung tersebut.

Sumber: Liputan6

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa