Siakap Keli
Gambar: TambahCheese

“Abang Letak Sikit Takut Awak Takde Duit Nak Makan,” Layanan Istimewa Suaminya Buat Ramai Cemburu

Menyedari tanggungjawab seorang suami, seseorang lelaki perlu peka dengan perbelanjaan yang diperlukan oleh isteri. Walaupun isteri mempunyai pendapatan sendiri, seorang suami tetap wajib memberi nafkah kepada isterinya. Tambahan lagi, sekiranya isteri pergi ke mana-mana destinasi seperti pulang ke kampung tanpa suami, duit belanja yang diberikan sangat penting bagi melancarkan perjalanan dan juga perbelanjaannya di kampung.

Situasi seperti itu telah digambarkan oleh salah satu pemilik akaun di Twitter yang mendapat layanan yang baik oleh suaminya.

Abang dah letak sikit duit belanja dalam dompet awak untuk balik kampung takut awak takda duit nak makan.

Tindakan suaminya yang meletakkan sejumlah wang di dalam dompet berikutan isterinya yang ingin pulang ke kampung. Suaminya juga menyatakan kerisauan mengenai anak dan isterinya tiada duit untuk berbelanja makan semasa berada di kampung.

Punya la dia risau takut anak bini dia takde makan nanti padahal balik rumah mak ayah sendiri kot.

Tindakan suaminya yang sangat prihatin terhadap belanja isterinya di kampung sangat dipandang tinggi oleh rata-rata warganet. Perkara ini kerana lelaki berkenaan dianggap sebagai suami yang sangat baik terhadap isterinya. Rata-rata warganet juga bersetuju dengan tindakan tersebut dan juga berkongsikan kisah mereka di laman Twitter berkenaan.

“My husband pun sama je macam ni. Selalu bagi duit siap siap. Takut sangat bini tak cukup makan”

“Semoga dia sentiasa sihat dan bertambah rezeki dalam menjaga keluarga”

“Kau rasa puas kalau dapat happy kan wife kau”

Sumber: Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa