Siakap Keli
Gambar Hiasan

Umur Anak 17 Tahun Dah Ada Simpanan RM10,000, Ibu Ini Kongsi Cara Simpan Duit Di Tabung Haji Yang Betul

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pastinya sudah sedia maklum bahawa Tabung Haji sentiasa menjadi instrumen pelaburan yang mengamalkan konsep Islam. Jika dahulu, ia hanya digunakan sebagai platform untuk orang ramai mengumpul wang untuk melaksanakan Rukun Islam kelima dan memenuhi perbelanjaan di Tanah Suci Mekah.

Namun begitu masa berjalan, Tabung Haji sentiasa menambahbaik kemudahan dan mutu perkhidmatan. Oleh itu, ramai di kalangan masyarakat yang mula menyimpan duit yang akan digunakan sebagai dana rizab, kecemasan mahupun simpanan perbelanjaan. Malah, ramai ibu bapa yang membuka akaun untuk anak-anak kerana sedar akan yang bakal diperolehi.

Gambar Hiasan

Oleh itu, seorang pengguna Facebook telah berkongsi caranya untuk memastikan anaknya mempunyai simpanan lebih dari RM10,000 dalam Tabung Haji ketika usianya 17 tahun.

Ini Cara Simpan Duit Anak Di Tabung Haji Bermula RM1 Sehari

[1] Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100.00. Paling lewat wantu anak berumur 6 bulan.

[2] Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak contohnya seperti RM30.00 (RM1.00 sehari).

[3] Buat direct debit lebih memudahkan urusan. Apa itu direct debit? Direct debit ini adalah transaksi yang anda telah benarkan untuk ditolak terus dari alkaun anda untuk amaun yang tertentu.

[4] Jika potong gaji setiap bulan lagi senang.

[5] Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih dari RM10K.

Contoh:

Nilai Prinsipal: RM 6220,00

Nilai Dividen: RM 4706.00

Jumlah Simpanan: RM10,926.00

[6] Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.

[7] Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tak la sedih nanti.

[8] Sentiasa ingat simpanan hari ini akan memudahkan kehidupan anak di kemudian hari.

Sumber: Nursha Salleh 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.