Siakap Keli
Gambar Hiasan

Dalam Poket Ada RM3 Je, Si Ayah Sanggup Beratur Panjang Nak Beli Kuah Oden Untuk Anak Gadis Yang Degil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalu kita dengar ” Mak dan Ayah tanggung anak sampai mati”. Tapi, sedarkah kita sebagai anak melihat pergorbanan mereka tatkala mereka sudah berada di separuh umur hidup mereka. Sedihkan kalau ada sesetengah masyarakat yang tidak nampak jasa kedua ibu bapa mereka sendiri.

Kisah ini terjadi disebuah kedai makanan serbaneka. Sebelum ini, makanan Oden pernah tular di mana menjadi makanan kegemaran para remaja sekarang. Namun tidak semua orang bernasib baik untuk menikmati makanan tersebut. Tetapi janganlah pula memaksa ayah untuk dapatkan makanan tersebut walaupun kita tahu tahap kemampuan keluarga sendiri.

Seperti perkongsian yang diceritakan oleh Nolly Nurlida di Twitternya mengundang sebak dan kemarahan netizen terhadap seorang gadis yang berkelakuan kurang baik kepada bapanya sendiri sedangkan bapanya tidak mempunyai wang untuk membeli makanan yang dimintanya.

Dik, boleh tak kalau nak kuah je

Walaupun keadaan terdesak tetapi sebagai seorang ayah, sangat terkesan jika anaknya tidak mendapat makanan yang dimintanya. Tetapi lain pula jadinya, bila seorang remaja menghentak kaki dan berkelakuan biadap kerana permintaannya tidak dihajati.

Anda fikir, bagaimana pula jika seseorang yang sudah tidak mempunyai ibu dan ayah ? Kita perlu bersyukur.

Dalam keadaan malu, seorang ayah tetap pasrah menunaikan hajat anaknya. Syukur ada yang masih bersimpati dengan keadaan Pakcik ini. Seorang wanita dengan rela hati menghulurkan Oden yang dibelinya. Pakcik ini mengambilnya sambil mengesat air mata.

Rata-rata pelanggan yang beratur di dalam keai serbaneka itu berdiam dan bersimpati dengan Pakcik tersebut sambil melihat tindakan ‘kurang ajar’ remaja tersebut.

Oleh itu, beberapa orang netizen tidak berpuas hati dengan tindakan remaja berkelakuan tidak baik kepada ayahnya.

Tak tahu ke bapak kita bersungguh-sungguh nak kita senang?

Mungkin zaman kita membesar dulu adalah zaman berdikari… kumpul duit belanja dulu

Zaman sekarang ramai budak terpengaruh dengan rakan sebaya. Ada parents yang baik tapi anak biadab.

Semoga kita sentiasa jadi anak yang baik hati dan berbudi untuk ibu dan ayah. Janganlah menambah beban atau kesedihan kepada mereka. Sentiasa buat mereka gembira walaupun perkara itu sekecil zarah.

 

Sumber: Nollynurlida

 

 

 

 

 

 

 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang