Siakap Keli

”Parking Suka Hati Kau Memang Mendapat,” Halang Laluan Keluar, Kereta Kena Calar Individu Berang

Sikap sesetengah pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sememangnya menyusahkan orang lain. Salah satu antara kesalahan yang sering dilakukan adalah dengan meletakkan kenderaan sesuka hati. Ruang meletak kereta yang disediakan tidak digunakan sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.

Seperti satu kes yang tular di media sosial sejak semalam. Beberapa keping gambar menunjukkan sebuah kereta Toyota Vios dicalarkan dengan tulisan ‘I parked like an diot’ dan ‘asshole’ oleh pemandu lain yang berang.

Puncanya didakwa disebabkan kereta tersebut menghalang laluan keluar kenderaan lain dari ‘basement’ sebuah bangunan berhampiran Hotel Riverside Kuching, Sarawak.

“Akibat meletak kereta sehingga menghalang laluan kenderaan lain, sebuah kenderaan telah dicalar oleh individu yang tidak dikenalpasti. 

“Kejadian tersebut berlaku di salah sebuah hotel di pusat bandaraya Kuching petang semalam (Ahad),” kata sumber.

Pemilik kenderaan tersebut tidak diketahui tetapi rata-rata netizen berkata, tindakan mencalarkan kenderaan berkenaan adalah wajar untuk mengajar pemandu lain supaya tidak mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.

”Moga lepas ni pemilik dia insaf”

”You got what you do”

”Parking ikut suka hati kau memang mendapat”

Sumber : Rayyan Rizqi/INFO BERITA SEMASA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.