Siakap Keli
Gambar: BBC

Rakyat Indonesia Saman Kerajaan Isu Pencemaran Udara Tak Jumpa Jalan Penyelesaian

Disebabkan tidak dapat lagi menanggung sabar mengenai pencemaran udara di Indonesia, sekumpulan penduduk nekad menyaman presiden negara tersebut.

Kami telah mencuba setakat ini untuk menjelaskan kepada pemerintah betapa buruknya pencemaran di Jakarta dan impaknya, dengan menunjukkan data dan kajian penyelidikan,” katanya. “Tetapi … mereka telah memberikan respons negatif kepada kami.”

Menurut Ayu Eza Tiara, peguam yang terlibat, 31 orang telah terlibat dalam tuntutan pada minggu lalu yang difailkan terhadap Presiden Joko Widodo serta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Menteri Kesihatan, Menteri Alam Sekitar dan Gubernur Jakarta Anies Baswedan.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah menafikan terdapat penurunan kualiti udara di sekitar Jakarta pada tahun lalu dan menyeru agar media tidak memburukkan keadaan. Pada 14 jun lepas, ibu kota Indonesia dilaporkan mempunyai pencemaran udara paling teruk di Asia yang lebih tinggi berbanding pencemaran di China dan India. Namun, pada tarikh yang sama, kualiti udara Jakarta berapa pada 189, menurut Indeks Kualiti Air AS yang dianggap sebagai tidak elok.

Berdasarkan meter pencemaran, bacaaan AQI Jakarta pada bulan Julai 2017 ialah rata-ratanya 74 manakala bagi Jun 2019 pula ialah -148. Berikutan tindakan saman itu, kerajaan dipersalahkan kerana telah mengabaikan permintaan penjelasan mengenai pencemaran yang berlaku itu.

“Pengangkutan bukanlah satu-satunya perkara yang menyebabkan pencemaran udara, terdapat banyak sumber lain,” katanya.

Kesesakan yang terkenal di Jakarta semakin merosot. Bagaimana dengan kawasan industri berhampiran bandar?

Terdahulu, pihak kerajaan telah dimaklumkan mengenai saman tuntutan mahkanan berkenaan untuk membuka ruang kepada pegawai untuk menyelesaikan permasalahn ini. Namun, mereka tetap mengabaikannya sehingga membuatkan sekumpulan penduduk bertindak menuntut hak mereka.

Sumber: CNN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa