Siakap Keli
Gambar Hiasan

50 Tahun Peristiwa Pendaratan Pertama Di Bulan, Akhirnya Mantan Bos APOLLO Bongkar Rahsia Yang Ramai Tak Tahu

Setelah 50 tahun peristiwa bersejarah dunia berlalu, akhirnya mantan boss APOLLO mendedahkan rahsia yang telah lama tersimpan. Program APOLLO merupakan rangkaian misi angkasa yang dilaksanakan oleh NASA Amerika Syarikat dengan menggunakan Kapal Angkasa Lepas Apollo dan roket Saturn.

Program ini sebenarnya terlaksana untuk mendedikasikan impian Presiden Amerika Syarikat ketika itu, John F. Kennedy yang berhasrat untuk menghantar seorang manusia ke bulan dan kembali semula ke bumi pada tahun 1960. Durasi program ini adalah sekitar tahun 1961 sehingga 1975.

Gambar: Pew Research

Pada 20 Julai 1969, NASA berjaya menyempurnakan misi Apollo 11 mereka ke sana dan menjadikan Neil Armstrong sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki ke atas permukaan bulan. Peristiwa yang tercatit dalam sejarah dunia itu ternyata menamatkan perlawanan di antaran Kesatuan Republik Sosialis Soviet.

Apollo 11 (Gambar: Philadelphia Inquirer)

Namun disebalik insiden tergempar setengah abad itu, muncul mantan bos Apollo, Christopher Kraft mendakwa ada satu rahsia yang masih ramai orang tidak tahu tentangnya. Beliau merupakan pengarah penerbangan utama misi Apollo (pertama) yang kemudiannya dikenali sebagai Apollo 1,  dijadual bakal dilancarkan pada awal 1967 dan menyelesaikan ujian orbit Bumi rendah.

Walau bagaimanapun, pada 27 Januari tahun itu, ketiga-tiga anak kapal terbunuh dalam kebakaran semasa ujian. Beliau mendakwa bahawa itu adalah risiko yang perlu diambil untuk melaksanakan misi terbabit. Beliau berkata:

“Insiden itu sangat sadis, saya dapat mendengar suara mereka bertiga, tetapi tak lama hanya sekita 10 hingga 15 saat”

Tetapi beliau juga menjelaskan bahawa tragedi itu menjadi pengajaran kepada mereka untuk mengenalpasti kesilapan dan mencegahnya dari berulang kembali. Tambahnya lagi, mereka mengambil masa yang lama untuk membina semula ‘kenderaan’ tersebut.

Krew Apollo 1 sebelum kemalangan itu (Gambar: Getty)

Kraft juga mendakwa bahawa beliau merupakan antara sebab mengapa Neil Armstrong terpilih sebagai lelaki pertama berjaya jejakkan kaki ke bulan. Beliau berpendapat bahawa calon lain tidak mempunyai personaliti yang baik untuk mewakili Amerika Syarikat sebagai Angkawasan Lagenda’.

Christopher Kraft, mantan boss Apollo (Gambar: Express.co.uk)

Sumber: Express.co.uk 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.