Siakap Keli
Foto: Spectrum News 13

Atuk Tergelincir, Bayi Maut Jatuh Dari Tingkat 11 Kapal Persiaran

Seorang datuk mungkin telah mengalami kejadian paling memilukan seumur hidupnya apabila cucu kandungnya sendiri telah maut di tangannya.

Kejadian itu berlaku semasa beliau sedang mendukung cucu perempuannya yang baru berusia 18 bulan berhampiran sebuah tingkap semasa mereka berada di dewan makan yang terletak di tingkat 11 kapal persiaran Freedom of the Seas yang dikendalikan oleh syarikat Royal Carribbean.

Sedang beliau mendukungnya, bayi tersebut tiba-tiba terlepas dari tangannya dan jatuh dari paras sekitar 45 meter ke lantai konkrit pelabuhan di San Juan, Puerto Rico.

Tingkap dipercayai tempat mangsa terjatuh(Foto: Google News)

Mangsa telah disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital tidak lama selepas kejadian.

Beberapa pengunjung juga memberitahu mereka terdengar jeritan daripada keluarga mangsa keraa berada berhampiran dengan tempat kejadian.

Semasa kejadian itu, mangsa dan keluarganya dikatakan sedang bercuti menaiki kapal persiaran berkenaan untuk menyertai pelayaran selama tujuh hari.

Percutian tersebut disertai oleh ibu bapa mangsa, abang mangsa serta datuk dan nenek kedua-dua belah ibu dan bapanya.

Pihak pengurusan pelabuhan tersebut telah mengesahkan bahawa mereka akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian tersebut.

Mereka juga memberitahu bahawa para pegawai terlibat kini dalam proses untuk menyiasat sama ada tingkap tempat mangsa terjatuh memang terbuka ataupun telah dibuka oleh seseorang.

Kapal persiaran tersebut pula telah meneruskan pelayarannya ke St Maarten tetapi tiada sebarang kenyataan terperinci telah diumumkan.

Datuk mangsa juga dilaporkan kini berada di bawah tahanan polis untuk tujuan membantu siasatan.

Sumber: ABC News

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.