Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Feri penumpang langkawi terbakar
Kredit: Bernama

Tiga Feri Penumpang Terbakar Di Dermaga Kapal Bukit Malut Langkawi

Azizah Najib

Tiga Feri Penumpang Terbakar Di Dermaga Kapal Bukit Malut Langkawi

ALOR SETAR, 20 Januari (Bernama) — Tiga feri penumpang yang ditempatkan Dermaga Kapal Bukit Malut, dekat Langkawi, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.46 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira 17 minit kemudian.

Beliau berkata kebakaran di dermaga berkenaan melibatkan enam feri, dengan dua daripadanya musnah kira-kira 80 peratus dan hanyut ke laut sejauh lebih kurang 50 meter dari lokasi asal.

“Sebanyak satu feri lagi terbakar kira-kira lima peratus, manakala tiga feri berjaya diselamatkan daripada marak api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamri berkata satu daripada feri yang terbakar dan hanyut berjaya ditarik ke tebing dengan bantuan bot nelayan, manakala sebuah lagi feri tidak dapat ditarik berikutan air mula memasuki bahagian belakang, menyebabkan pihak bomba membiarkan api padam sepenuhnya dengan pemantauan rapi.

Menurut beliau, seramai 23 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan Langkawi dikerahkan ke lokasi, dengan operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos serta dua pancutan air.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini. Kebakaran berjaya dikawal pada 11.07 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2.10 pagi tadi,” katanya.

BACA: Ahmad Zahid Diberi Tanggungjawab Jaga Felda, FGV

BACA: Bukan Biawak Je, Ketam Nipah Turut ‘Tumpang’ Laluan Warga UMT

Sumber: Bernama