Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Senarai 11 Negara Terbaik Dalam "Asia Manufacturing Index 2026"
Asia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat pembuatan utama dunia, menurut Asia Manufacturing Index 2026.
Dalam ranking terbaharu ini, China masih mendahului sebagai kuasa pembuatan terbesar di rantau ini, diikuti oleh Malaysia di tempat kedua dan Vietnam di tempat ketiga.
Singapura dan Korea Selatan melengkapkan lima negara teratas, menunjukkan kedua-duanya mempunyai teknologi pembuatan maju serta infrastruktur industri yang kukuh.
Di kedudukan seterusnya, India dan Indonesia berada di tempat keenam dan ketujuh, mencerminkan kepentingan pasaran domestik yang besar serta tenaga kerja yang kompetitif.
Indonesia khususnya dilihat semakin menarik sebagai destinasi pelaburan bagi syarikat yang ingin mempelbagaikan rantaian bekalan di Asia.
Thailand berada di tempat kelapan, diikuti Jepun di tempat kesembilan dan Filipina di tempat kesepuluh, manakala Bangladesh berada di kedudukan kesebelas.

Walaupun Jepun masih dianggap kuasa pembuatan tradisional, negara ekonomi baharu semakin mencabar kedudukan sedia ada melalui kos operasi yang lebih rendah dan kapasiti industri yang berkembang pesat.
Secara keseluruhan, indeks 2026 ini menunjukkan industri pembuatan Asia kini lebih seimbang, dengan negara maju dan negara membangun sama-sama memainkan peranan penting.
Menurut Asia Manufacturing Index 2026 yang diterbitkan oleh Dezan Shira & Associates, Malaysia berada di kedudukan kedua keseluruhan daripada 11 ekonomi Asia yang dinilai.
Dalam kalangan negara ASEAN pula, Malaysia mengatasi Vietnam, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Ini sekali gus menunjukkan negara ini antara pusat pembuatan paling kuat di rantau ini.
Menurut ASEAN Business News, indeks ini menilai negara terlibat berdasarkan 7 faktor utama, iaitu ekonomi, risiko politik, persekitaran perniagaan, perdagangan antarabangsa, infrastruktur, tenaga kerja dan inovasi.
Dalam aspek ekonomi, Malaysia berada di tempat keenam berdasarkan beberapa penunjuk seperti:
Kesihatan kewangan negara
Skala ekonomi
Pertumbuhan ekonomi
Ketahanan ekonomi
Kestabilan mata wang
Pertumbuhan sektor pembuatan
Inflasi
Malaysia mencatat prestasi baik dalam aspek kestabilan politik, dengan penilaian merangkumi:
Kestabilan institusi
Persepsi rasuah
Tahap keamanan global
Dalam kategori ini, Malaysia berada di kedudukan ke-10, berdasarkan faktor seperti:
Iklim pelaburan asing
Keperluan modal
Kecekapan penubuhan syarikat
Perlindungan harta intelek
Sekatan industri
Malaysia berada di tempat kelima dalam perdagangan antarabangsa, dengan penilaian melibatkan:
Integrasi perjanjian perdagangan bebas (FTA)
Prestasi logistik
Imbangan perdagangan barangan
Keterbukaan perdagangan
Bekalan domestik
Infrastruktur merupakan teras terbaik Malaysia, di mana negara ini berada di kedudukan kedua keseluruhan. Penilaian merangkumi:
Kos dan kebolehpercayaan elektrik
Kos dan bekalan air
Kos bahan api
Pelaburan infrastruktur
Prestasi alam sekitar
Kelajuan internet
Kebebasan internet
Malaysia turut mencatat prestasi kukuh dalam aspek tenaga kerja, berdasarkan:
Saiz dan pertumbuhan tenaga kerja
Struktur demografi
Tahap pendidikan
Mobiliti antarabangsa
Produktiviti buruh
Kos buruh
Populasi fasih berbahasa Inggeris
Namun, Malaysia berada di kedudukan ke-10 dalam inovasi, merangkumi:
Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Output inovasi
Pendidikan tinggi
Secara keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan kedua terbaik di Asia berdasarkan gabungan semua indikator, menjadikannya antara destinasi pembuatan paling menarik di rantau ini.
Indeks ini menggambarkan bahawa Malaysia bukan sahaja pusat pembuatan penting di ASEAN. Malah, semakin diiktiraf sebagai pemain utama dalam ekosistem pembuatan Asia dan global.