Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gambar: Shamsul Ramli

“Aku Tak Percaya Pada Konsep Suami Perlu Dilayan Seperti Raja, Makan Minum Semua Kena Disediakan”

Fildza Zainal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Setiap manusia mempunyai fitrah untuk saling menyayangi dan diciptakan untuk hidup berpasang-pasangan. Tatkala melangkah ke gerbang perkahwinan, ia ibarat memasuki pintu ke realiti sebenar kehidupan. Justeru, memilih untuk mendirikan rumahtangga tentunya merupakan keputusan terbesar yang dilakukan dalam hidup.

Apabila terlafaznya akad, maka segala tanggungjawab ke atas isteri secara sahnya jatuh ke bahu suami. Maka, si suami perlu memenuhi tanggunjawab menjaga dan mendidik wanita yang dicintainya itu. Setiap orang tentunya punyai kekurangan, oleh itu sebagai pasangan sememangnya kita ‘tercipta’ untuk saling melengkapi di antara satu sama lain.

Gambar Hiasan

Oleh itu, seorang pengguna Facebook, Shamsul Ramli telah memuatnaik hantaran tentang isu mengenai rumahtangga ini, menurutnya:

Kalau ditanya aku ini suami yang bagaimana, aku suka mengatakan yang aku seorang suami yang sederhana dan beshe beshe aje.

Cuma satu pendirian aku yang jelas, aku tidak pernah merasakan yang seorang suami adalah lebih superior dari seorang isteri. Bagi aku, kedua-duanya memainkan peranan yang sama penting dalam rumah tangga. Sama-sama mempunyai tanggungjawab yang sama berat.Aku tidak percaya kepada konsep: suami perlu dilayan seperti raja, makan minum disediakan, kain baju dicucikan.

Suami kerjanya di rumah hanya melepak di depan TV sambil pekena kopi. Kopi itu pun si isteri yang perlu sediakan! Zaman mak-mak kita dulu mungkin begitu. Aku setuju begitu kerana mak-mak kita dulu adalah suri rumah sepenuh masa. Yang bertugas membanting tulang mencari rezeki adalah bapa-bapa kita.

Jadinya sudah ada ‘kontrak sosial’ di situ. Bapa-bapa keluar rumah mencari rezeki, mak-mak di rumah menyediakan makan pakai.

Zaman la ni dah tak begitu, majoriti wanita hari ini bekerjaya. Dan aku mengahwini salah seorang darinya.Wanita hari ini bekerja pun bukan semuanya untuk kepuasan diri sendiri tetapi lebih ramai yang bekerja kerana keperluan hidup. Tuntutan hidup masa kini, untuk membantu si suami dan keluarga juga.

Maka itu, ‘kontrak sosial’ untuk pasangan bekerjaya ini juga seharusnya berbeza. Jujurnya aku lebih suka sebegini. Segala perkara jika boleh dilakukan bersama-sama. Sama-sama ada kerja, sama-sama main peranan.

Gambar: Shamsul Ramli

Jika seorang memasak, seorang lagi harus mengemas dan mencuci pinggan mangkuk. Jika seorang membasuh kain baju, yang seorang lagi harus menjemur. Ketika travelling, yang seorang memandu manakala yang seorang lagi harus menguruskan anak-anak.

‘Me time’? Yup perlu ada juga, untuk diri masing-masing. Masing-masing penat bekerja dan masing-masing perlu ada ‘me time’ masing-masing.

Jika ‘me time’ si suami adalah di kolam pancing, apalah salahnya membenarkan ‘me time’ isterinya di gedung membeli belah atau sekadar di kedai kemboja seberang jalan nun.

Hang out bersama rakan masing-masing? Aku setuju. Jika dia boleh membenarkan kita mengeteh di kedai mamak atau ke snooker sekali sekala, apalah salahnya kita benarkan mereka melepak sesekali di Old Town atau Secret Recipe.

Ah kalau dia hendak ke superstar karaoke sekali pun, melepaskan tekanan kerja bersama rakan-rakan sekerja dia, benarkan ajelah. Tak akan menjadi kudis pun kan? Cumanya janganlah keterlaluan pula.

Sumber: Shamsul Ramli