Siakap Keli
wanita oku diperkosa
Gambar Hiasan

Anggota Parlimen Malaysia Di Dakwa Rogol Tenaga Kerja Asing TKI, Dari Indonesia

Pegawai Malaysia telah melancarkan siasatan ke atas seorang anggota parlimen daerah Perak kerana disyaki telah merogol pembantu rumahnya yang merupakan warganegara Indonesia.

Pemeriksaan kes ini dilakukan selepas mangsa membuat laporan di Balai Polis Jelapang pada Selasa lalu (9 Julai).

Penolong Pengarah Seksyen Siasatan Seksual Wanita dan Anak Bukit Aman, Vhoo Lily berkata, “Ya, kami telah menerima laporan tersebut dan segera kami siasat.”

Lily memberitahu bahawa anggota pegawai yang tidak dinyatakan identitinya bersedia untuk bekerjasama dalam proses penyiasatan.

“Tertuduh mengaku tidak melakukan perbuatan yang didakwakan kepadanya dan membenarkan pihak polis untuk menjalankan siasatan. Dia berjanji untuk bekerjasama dan percaya bahawa polis bersikap profesional dan telus,” Jelas Lily.

Nga Kor Ming, pengerusi parti di mana pegawai itu bertanggungjawab, iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) juga menyerahkan semua proses siasatan kepada pihak yang berkuasa.

Nga kemudian menegaskan bahawa partinya juga akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut keputusan perbicaraan kemudian.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Perlindungan Warga Indonesia dan Entiti Perundangan Indonesia, Kementerian Luar Negeri Indonesia, Joedha Nugraha memberitahu kepada CNN Indonesia bahawa Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur sudah mengetahui maklumat ini dan meminta pengesahan daripada pihak polis Malaysia.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart