Siakap Keli

”Isi Tak Hancur Dan Boleh Perah,” Laksa Lain Macam, Gadis Syak Kuah ‘Blend’ Kotak, Surat Khabar

Pelbagai taktik digunakan oleh peniaga untuk melariskan perniagaan termasuklah dengan menggunakan cara yang tidak jujur. Asalkan makanan terlihat lazat dan enak, kadang-kala ada peniaga yang sanggup mencampurkan ramuan yang tidak sepatutnya dalam hidangan.

Seperti perkongsian oleh seorang gadis yang mendakwa telah menemui sesuatu yang pelik di dalam hidangan laksa yang dibelinya.  Menurutnya, kuah laksa yang dibeli itu seakan-akan menyerupai surat khabar atau kotak yang telah dihancurkan. Malah ianya boleh diperah.

Ikuti perkongsian gadis ini seperti di bawah. Sebagai peniaga, usahlah menipu pembeli kerana bukan sahaja rezeki yang anda perolehi tidak berkat tetapi turut membahayakan nyawa orang lain.

Isi tak hancur dan boleh perah

Tak tahu nak report atau tak

Pelik kuah warna gelap macam letak kicap

Kalau jumpa macam ni beringatlah

Hasil perkongsian gadis tersebut telah mendapat perhatian dan reaksi daripada ramai netizen. Tidak cukup dengan itu, rata-ratanya turut mendedahkan bahawa memang ada peniaga yang bersikap sebegini.

Nampak cebisan surat khabar

Tu mungkin kotak, aku jumpa tisu

Tak sangka sekarang ada lagi

Sumber : syuzu

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.