Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Pelamin Terkini)

”Kenduri, Tapi Lauk Tak Cukup”, Merungut Sampai Tak Sengaja Salahkan Tuhan, Teguran Ustaz Ini Memang ‘Pedas’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di negara ini terutama masyarakat Melayu untuk menjamu para jemputan semasa  mengadakan majlis kenduri seperti kenduri kahwin, doa selamat dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, kadang kala ada di antara tuan rumah yang tersalah anggar jumlah hadirin sehingga menyebabkan juadah makanan kehabisan sebelum selesai majlis atau kenduri yang diadakan.

Bukan sahaja tuan rumah, malah kita sebagai tetamu juga sering kali rasa kurang senang apabila hadir ke majlis kenduri, tetapi makanan sudah habis sehinggakan kita lupa ia semuanya adalah rezeki ketentuan Allah swt.

Itulah peringatan yang cuba disampaikan seorang pendakwah kepada kita dan ia telah dikongsikan oleh satu akaun Twitter dengan nama abang_jambang(@brotherjambang) baru-baru ini.

“Jemput orang ramai, lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja..”

Kredit: @brotherjambang

“Memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yang lebih utama”

Kredit: @brotherjambang

“Berlapang dadalah sebelum menuding menyalahkan orang lain, takut kita tersalahkan Tuhan” 

Kredit: @brotherjambang

“Makan apa yang kita suka, tinggalkan apa yang kita tidak suka”

Kredit: @brotherjambang

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat serba-sedikit memberi peringatan kepada kita semua agar tidak lagi merungut mengenai rezeki yang tidak ditakdirkan untuk kita di masa akan datang.

Sumber: Twitter @abangjambang

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.