Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Asalnya Pergi Kenduri, Wanita Tak Sangka Ular Besar 'Teduh' Dalam Kereta

kenduri ular
Gambar: @yanihamzan6/TikTok

Asalnya Pergi Kenduri, Wanita Tak Sangka Ular Besar 'Teduh' Dalam Kereta

Sekarang ni memang ramai mula terasa bahang cuaca panas.

Bila musim panas datang, bukan manusia saja cari tempat redup dan sejuk, haiwan pun sama. Termasuklah ular.

Tapi siapa sangka, dalam banyak-banyak tempat, enjin kereta pun boleh jadi lokasi pilihan reptilia ni menumpang teduh.

Lebih mengejutkan, itulah yang berlaku kepada seorang wanita hingga videonya tular di media sosial.

Datang kenduri kahwin, sekali DJ umum nombor plat kereta...

Menurut wanita tersebut, kejadian berlaku ketika dia menghadiri majlis perkahwinan.

Awalnya mungkin semuanya berjalan seperti biasa. Tetamu sibuk makan dan bersembang, DJ pula sedang mengendalikan majlis.

Namun tiba-tiba, DJ membuat pengumuman nombor plat kereta yang kedengaran sangat familiar. Rupa-rupanya, nombor itu milik keretanya sendiri.

"Asalnya pergi kenduri kahwin kat hotel UTM KL, tetiba dengar DJ announce nombor plat macam nombor kereta kita… kelam kabut guard kata nampak ular turun dari kereta masuk enjin…," katanya.

Bayangkan tengah syok makan kenduri, sekali dapat tahu ada ular masuk dalam enjin kereta sendiri. Memang boleh luruh jantung dibuatnya.

Penumpang tak diundang buat ramai meremang

Dalam video lain yang turut dikongsikan, kelihatan beberapa anggota penyelamat cuba mengeluarkan ular tersebut daripada bahagian enjin kereta.

Apa yang buat ramai lagi seram, ular itu bukan kecil. Ia panjang dan agak besar.

Beberapa anggota dilihat berhati-hati menarik reptilia itu keluar kerana ia menyelit jauh di celah enjin.

Walaupun ramai yang 'seram sejuk', ruangan komen tetap dipenuhi dengan pelbagai seloroh netizen Malaysia.

"Letih agaknya, nak tumpang balik..."

“Akak parking kereta kat Taman Negara ke sebelum pergi wedding ni?”

“Mana tukar piping jenis ni kak? Bagitahu bengkel mana buat sama.”

Cuaca panas buat haiwan cari tempat berlindung

Sebenarnya, kejadian seperti ini bukanlah sesuatu yang mustahil berlaku, terutama ketika cuaca panas melampau.

Ular dan haiwan lain biasanya akan mencari kawasan yang redup, terlindung dan mempunyai haba sesuai untuk berlindung.

Bahagian enjin kereta pula memang menjadi antara lokasi yang kadang-kadang menarik perhatian haiwan seperti ular atau kucing untuk menumpang seketika.

Sebab itu ramai turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum memandu, terutama jika kereta lama diletakkan di kawasan semak atau tempat sunyi.

Hati-hati, sentiasa waspada

Apa pun, ramai bersyukur kerana kejadian itu berjaya dikawal dan tiada siapa yang cedera.

Namun kisah ini memang cukup buat ramai trauma sekejap. Lepas ni mungkin ada yang siap ketuk bonet kereta dulu sebelum masuk dan hidupkan enjin.

Mana tidaknya, kadang-kadang ‘penumpang’ yang ikut sekali bukan manusia pun.