Siakap Keli
Foto: BERNAMA/IG _zulhelmieidros

Belum Selesai Walau Keputusan Akhir Keluar, Ini Dua ‘Step’ Proses Mahkamah Cari Keadilan Untuk Arwah Zulfarhan

Kes yang melibatkan Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnian kembali menjadi tumpuan ramai apabila pihak Mahkamah Tinggi telah menetapkan 31 Julai untuk keputusan kes berkenaan.

Dengar sahaja pengumuman mengenainya, orang ramai menganggap bahawa kita akan mendapat tahu hukuman yang dikenakan terhadap semua tertuduh pada tarikh tersebut, jika didapati bersalah.

Bagaimanapun, menurut peguam dari Firma Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail, saudara Mohamad Nasruddin Ab Rahman, kes ini tidak akan berakhir di situ sahaja.

Bagi memperbetulkan tanggapan orang ramai mengenainya, beliau telah berkongsikan serba sedikit mengenai prosedur mengenai kes pembunuhan arwah Zulfarhan ini melalui akaun Twitter-nya baru-baru ini.

“Kes dah nak selesai? Nanti dulu..”

Kredit: @MNasruddin_AR

“Ada dua peringkat perbicaraan iaitu Peringkat Pendakwaan dan Peringkat Pembelaan”

Kredit: @MNasruddin_AR

“Hakim akan tentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya buktikan ada kes atau tidak untuk dakwa OKT”

Kredit: @MNasruddin_AR

“Di peringkat pembelaan, OKT akan memanggil saksi untuk buktikan mereka tidak bersalah” 

Kredit: @MNasruddin_AR

Menurut beliau lagi, tarikh 31 Julai nanti bukanlah tarikh untuk OKT disabitkan salah atau menjatuhkan hukum. Sebaliknya, Yang Arif Hakim akan memutuskan sama ada OKT perlu dipanggil membela diri atau tidak.

Kredit: @MNasruddin_AR

“31 Julai hanya keputusan untuk first round, kemungkinan besar kita akan pergi ke second round”

Kredit: @MNasruddin_AR

“Jangan marah-marah jika kes tidak lagi selesai, ia masih di peringkat pendakwaan”

Kredit: @MNasruddin_AR

Orang ramai yang mengikuti bebenang ini turut meluahkan harapan mereka agar keadilan dapat ditegakkan kepada pihak yang benar dan tak kurang juga yang berterima kasih atas penerangan yang dibuat oleh peguam muda ini.

Sumber: Twitter @MNasruddin_AR 

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi