Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: MTL Blog)

Menyorok Daripada Polis, Penjenayah Ini Kantoi Lepas Terkentut Kuat

Penahanan seorang lelaki oleh pihak polis di Missouri, Amerika Syarikat baru-baru ini mungkin menjadi tangkapan paling melucukan dan akan diingati sampai bila-bila oleh pegawai yang terlibat.

Ini kerana ketika mereka sedang sibuk mencari suspek di kawasan persembunyiannya, tiba-tiba mereka terdengar satu bunyian yang biasa didengari iaitu bunyi kentut.

Apa yang melucukan ialah bunyi kentut yang agak kuat itu bukan datang dari salah seorang daripada mereka, tetapi ia hadir dari suspek yang sedang menyembunyikan diri.

Ia sekaligus membuatkan lelaki yang diburu atas tuduhan memiliki bahan terlarang itu ‘terkantoi’ dari persembunyiannya.

Kejadian lucu tersebut telah dikongsikan oleh laman Facebook Clay Country, Missouri Sheriff dan mereka memuatnaik kapsyen,

“Sekiranya anda mendapat waran tangkap, pihak polis mencari anda dan anda membuang angin dengan kuat sehingga mendedahkan tempat persembunyian anda, anda tentu menghadapi hari yang teruk(emoji najis)”.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan jika menurut apa yang dikatakan menerusi kiriman balas oleh laman Facebook berkenaan ketika ditanya mengenai status suspek selepas kejadian oleh salah satu stesen TV tempatan.

“Suspek dah ditangkap pada hujung minggu. Kita perlu berikan penghargaan kepada Polis Bahagian Liberty kerana guna deria mereka untuk menghidu dia(suspek)”

Kredit: FB Clay Country, Missouri Sheriff

Kejadian ini memang melucukan dan ia juga sebagai peringatan buat sesiapa yang bercadang melakukan jenayah bahawa polis akan menyerbu anda tidak kira waktu, termasuk ketika anda sedang sakit perut.

Sumber: USA Today, Facebook

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.