Terkini

Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Gambar Hiasan

Turun Had Umur Mengundi Kepada 18 Tahun Perlu Disertai Dengan Pendidikan – EXCO

Edayu

SEREMBAN, Cadangan kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan melibatkan penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, pendaftaran automatik dan kelayakan calon pilihan raya kepada 18 tahun perlu disertai dengan pendidikan dalam aspek kenegaraan dan proses demokrasi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata ini penting bagi melahirkan pengundi yang memahami hak dan tanggungjawab serta kesan undian mereka dalam pilihan raya.

“Pendidikan ini perlulah dimulakan seawal umur 15 tahun di sekolah-sekolah bagi memberi pendedahan dan kefahaman tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi serta mengapa undi mereka itu penting yang mana jika tersalah membuat keputusan akan mengakibatkan kesan kepada tadbir urus negara.

“Kita tak ada masalah untuk menurunkan had umur kepada 18 tahun tetapi mereka itu perlulah diberi kefahaman yang cukup untuk kita lahirkan pengundi yang berkualiti. Kita nak pengundi yang berkualiti untuk kita lahirkan pemimpin negara yang berkualiti. Saya menyokong cadangan ini tetapi dengan syarat kena ada pendidikan,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan merangkumi penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, pendaftaran automatik dan kelayakan calon pilihan raya kepada 18 tahun.

Mengulas lanjut, Mohamad Rafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan berkata untuk itu, beliau mencadangkan supaya satu subjek khas atau penekanan mengenai proses demokrasi dan kenegaraan dimasukkan dalam silibus pembelajaran di sekolah.

“Soal umur bukanlah kriteria utama yang perlu diberikan penekanan sebaliknya kefahaman pengundi baik yang baharu atau lama mengenai tanggungjawab dan kesan daripada pengundian mereka terhadap negara.

“Kalau mereka ini tidak mempunyai kefahaman mengenai tanggungjawab mereka, maka ia akan menyebabkan banyak masalah,” katanya.

Sumber: Bernama