Siakap Keli
Gambar Hiasan

Matahari Tegak Di Atas Kaabah Petang 16 Julai, Orang Ramai Boleh Semak Arah Kiblat Di Rumah

Pada 16 Julai jam 05:28 petang, matahari akan istiwa’ atau berada tepat di atas Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia. Fenomena ini merupakan kali kedua berlaku di dalam tahun ini selepas yang pertama pada 28 Mei 2019 yang lalu.

Pada ketika kejadian, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah. Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan untuk semua pihak melakukan semakan arah kiblat yang sebenar. Ianya dilakukan bagi menentukan sama ada wujud sedikit perubahan ataupun tidak.

Berikut merupakan panduan semakan kibat daripada Jabatan Mufti Selangor :

1. Pastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat mengiut waktu SIRIM. Sila hubungi 1051 untuk mendapatkan waktu sebenar.

2. Perhatikan objek tegak seperti tiang, tingkap ataupun pintu rumah yang disinari cahaya matahari.

3. Perhatikan bayang objek tegak yang terhasil pada jam 05:28 petang.

4. Buat unjuran garisan bayang objek tegak tersebut menghala ke arah matahari.

5. Garisan tersebut menunjukkan arah kiblat yang sebenar.

Sumber : Jabatan Mufti Negeri Selangor

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)