Siakap Keli
Gambar Hiasan

Lelaki Didakwa Simbah Minyak Petrol Sebelum Bakar Tunangnya Sehingga Maut Akibat Cemburu

Seorang wanita berusia 22 tahun telah dijumpai meninggal dunia didakwa dibakar menggunakan petrol oleh tunangnya sendiri dipercayai bermotifkan cemburu buta. Suspek dituduh melakukan perbuatan yang keji itu pada 2 Julai lalu di Zaporizhia, Selatan Ukraine.

Menurut Mirror, pasangan tersebut bergaduh dan selepas itu mangsa meninggalkan kediaman mereka untuk memberi masa dan ruang kepada tunangnnya yang cemburu itu untuk tenangkan diri.

Selepas beberapa jam, mangsa pulang ke kediamannya untuk berjumpa tunangnya namun, pelaku dipercayai menyimbah cecair petrol pada bahagian tubuh si mangsa dan berubah menjadi bebola api.

Dalam masa yang sama, Chaikovsky dipercayai mengunakan bajunya untuk memadamkan api yang ada pada tubuh si mangsa.

Saksi berkata mereka mendengar jeritan yang kuat, dan ada jiran lain yang berteriak sambil berkata ada seorang wanita terbakar.

Suami saya menyambar sebuah paip air dan saya terus mengambil selimut yang tebal dan berlari ke tempat kejadian untuk memadam api, kami berjaya memadamkan mangsa dan terus menghubungi perhidmatan kecemasan” kata saksi.

Ini merupakan kediaman di mana Anastasia dibakar

Mangsa mengalami luka teruk sehingga 90 peratus kebakaran pada tubuhnya. Menurut doktor, anggota badannya iaitu kepala, badan dan lengan mengalami terbakar yang teruk.

Walaupun pakar telah melakukan pembedahan kulit ke atas mangsa tetapi dia meninggal dunia selepas usaha untuk menyelamatkan nyawanya dilakukan sehabis baik.

Si pelaku ditahan di tempat kejadian. Polis mendapati tangannya luka akibat kebakaran yang dilakukan olehnya itu.

Bagaimanapun dia mengaku salah dengan alasan untuk menakutkan tunangnya supaya tidak akan meninggalkannya. Semasa hari pembicaraan, dia mengaku bahawa dia tdak mahu sakiti tunangnya tetapi hanya untuk menakutkan dan pastikan Anastasia tidak meninggalkannya.

Rakan mangsa memberitahu, Anastasia sangat mencintai tunangnya dan tidak akan meninggalkan. Katanya lagi, dia hairan jika rakannya itu berbual dengan lelaki lain dia akan gementar dan tidak selesa.

Chaikovsky didakwa melakukan pembunuhan dan dia berdepan dengan 15 tahun penjara jika didati bersalah. Kes ini masih dalam siasatan.

Sumber: Mirror.co.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)