Siakap Keli
Foto: Hub Japan/@RidzwanMahazan

”Betapa Seimbang Siang Malam”, Lelaki Ini Sedar Nikmat Tinggal Di Malaysia Bila Menetap Di Jepun

Kalau kita ingat dulu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir pernah hadir dengan Dasar Pandang ke Timur yang bagi menggalakkan pihak kerajaan dan swasta mencontohi budaya dan etika negara Jepun dan Korea Selatan.

Mungkin atas sebab itu, sehingga kini kebanyakan rakyat negara kita sering memandang tinggi ke atas kedua-dua negara berkenaan, terutamanya Jepun.

Tidak dinafikan, dari segi kemajuan ekonomi, teknologi dan etikanya, Jepun boleh dikatakan lebih baik berbanding Malaysia. Akan tetapi, sedar atau tidak, negara kita juga mempunyai kelebihan tersendiri.

Inilah yang telah dikongsikan oleh seorang rakyat pemuda dari Terengganu yang sudah beberapa tahun menetap di Jepun, Ridzwan Nor Mahazan melalui akaun Twitter-nya baru-baru ini.

Menurut beliau, Malaysia telah dikurniakan nikmat besar di mana agihan waktu siang dan malamnya adalah seimbang. Jika dilihat kembali, memang benar dakwaan tersebut apabila hari mula terang sekitar jam 7 pagi dan mula menggelap selepas waktu maghrib, iaitu sekitar jam 7.30 petang.

Kredit: @RidzwanMahazan

Perkara itu ternyata mempermudahkan kita di negara ini, terutamanya untuk beribadat. Tambah beliau lagi, pada musim panas, waktu subuh di Jepun adalah sekitar jam 2.15 pagi.

Dalam perkongsian ini juga, salah seorang pengikutnya telah bertanyakan soalan mengenai perubahan waktu bekerja di sana. Menjawab persoalan itu, Ridzwan memberitahu waktu bekerja kekal sama walaupun semasa waktu siang yang pendek pada musim sejuk.

Maka dengan perkongsian ini, dapat sedikit sebanyak melahirkan rasa syukur dalam diri kita semua sebagai rakyat Malaysia. Seperti apa yang sering dimomokkan, “Jangan lihat apa yang kita tiada, tapi lihatlah apa yang kita miliki”.

Sumber: Twitter @RidzwanMahazan

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.