Siakap Keli

Kenapa Sebelum Kahwin Bahagia, Bila Kahwin Semuanya Berubah?

Semua manusia telah diciptakan berpasang-pasang supaya dapat hidup dalam suasana kekeluargaan yang sangat indah. Setiap pasangan pastinya akan mengharungi pelbagai ujian dan cabaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesefahaman yang tidak baik.

Namun begitu, tahukah anda bahawa kebanyakan pasangan kekasih yang belum berkahwin menjalani hubungan yang indah tanpa masalah dan ujian yang banyak. Tambah lagi, pasangan kekasih tersebut akan menikmati pelbagai keindahan sebagai pasangan kekasih.

Perkara ini bertentangan dengan pasangan yang telah berkahwin, di mana pasangan ini sering mengalami masalah sehingga boleh menyebabkan keretakan rumah tangga.

Gambar: Wanista.com

Oleh itu, timbul persoalan ramai orang termasuklah seorang pemilik akaun Twitter Iffatsalleh yang melihat pasangan yang belum berkahwin menjalani hubungan yang indah dan sebaliknya bagi pasangan yang telah berkahwin.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Berdasarkan persoalan yang ditimbulkan oleh individu tersebut, dia turut menyatakan bahawa pasangan kekasih yang belum berkahwin terdedah dengan sifat luaran bagi pasangannya. Oleh itu, seseorang kekasih itu cuma akan melihat apa yang ingin dilihatnya seperti kecantikan, berbudi bahasa, peribadi baik, dan pandai bergaya.

Namun, selepas berkahwin perkara ini sudah pastinya akan berubah kerana setiap pasangan akan melihat realiti kehidupan sebenar bagi pasangannya. Kehidupan berumah tangga yang memerlukan setiap pasangan untuk sentiasa bersama akan mendedahkan sisi lain mengenai pasangan hidupnya itu.

Tambahnya lagi, sebanyak 80% sifat seseorang itu berbeza setelah berkahwin berbanding semasa menjadi pasangan kekasih. Seseorang itu perlu menunjukkan peribadi yang baik untuk mendapatkan sesuatu seperti pasangan hidup. Oleh itu tidak hairanlah sekiranyaa perwatakan sebelum dan selepas berkahwin sangat berbeza.

Gambar: Tanda Pagar

Dalam perkongsian tersebut juga, individu tersebut menasihati agar setiap pasangan tidak terpengaruh dengan sikap baik yang dipamerkan sebelum berkahwin, tetapi perlu bersedia 100% untuk menghadapi sisi lain pasangan setelah berkahwin.

Sumber: Iffatsalleh

syafiq halim