Siakap Keli
Kredit: CocaLine

(Video)Mata Meliar Tengok Atas, Reaksi Anak Syria Disakat Kapal Mahu Gugur Bom Sentuh Hati Netizen

Post Traumatic Symptom Disorder (PTSD) merupakan gangguan rasa keresahan melampau selepas seseorang individu melalui peristiwa yang traumatik atau berbahaya.

Ketika dalam bahaya, perasaan takut akan memicu perubahan pada badan dalam tempoh sekelip mata untuk menghadapi ancaman atau melindungi diri darinya.

Respon ‘lawan atau lari’ (fight or flight) merupakan reaksi normal seorang individu untuk melindungi diri dari bahaya. Namun, bagi mereka yang menghidap PTSD, reaksi ini tidak lagi berfungsi dengan normal.

Individu yang mengalami PTSD akan berasa tertekan dan ketakutan yang melampau walaupun mereka tidak lagi berada dalam situasi berbahaya.

Sejak sembilan tahun lalu, Syria telah berada dalam krisis peperangan yang teruk sehingga menyebabkan 5.6 juta rakyatnya terpaksa melarikan diri ke negara luar antaranya Lubnan, Turki dan Jordan (UNHCR, 2019)

Pada 2018, kajian ke atas 492 kanak-kanak Syria berusia lapan hingga 15 tahun di Damsyik dan Latakia mendapati 60.5 peratus daripada mereka mempunyai sekurang-kurangnya satu gangguan psikologikal.

Dalam jumlah tersebut, kebanyakan mereka mengalami PTSD (35.1%) diikuti depresi (32%) dan keresahan (29.5%).

Dalam satu video dikongsikan oleh pengguna Twitter, CocaLine menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki didakwa pelarian Syria yang menetap di Turki sedang menunggu giliran untuk bermain buaian.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi pesawat melintasi ruang udara. Seorang lelaki yang bertutur bahasa Arab didakwa menakut-nakutkan budak lelaki berkenaan kononnya pesawat itu akan mengebom mereka.

Terpedaya dengan gurauan itu, kanak-kanak tersebut terus melarikan diri dalam ketakutan untuk mencari perlindungan diikuti hilai tawa orang sekelilingnya.

Video ini telah mendapat pelbagai kecaman dari penonton yang mengutuk tindakan lelaki dewasa tersebut yang menggunakan pengalaman buruk seseorang sebagai bahan hiburan.

Komen netizen boleh anda baca dalam balasan tweet di bawah.

Sumber: CocaLine, Brain & Behaviour Research Foundation, United States Institute of Peace

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.