Siakap Keli

Awak Suruh Tunggu Kat Rumah Nak Bawak Adik Pergi Klinik, Tapi Orang Lain Yang Datang Bawak Berita Pasal Awak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua orang akan diuji oleh Allah SWT, boleh dikatakan semua orang telah dan bakal merasai kehilangan orang tersayang. Keperitan dan kesakitan yang dirasai oleh segelintir masyarakat mungkin akan ada satu aura dentuman yang kuat seperti halilitar yang memecah gunung ganang.

Untuk pengetahuan anda, betapa sakitnya kehilangan orang yang pergi selama-lama tambah-tambah oran yang paling dekat dengan kita sama ada ibu bapa atau pasangan kita. Kisah ini telah menjentik pilu hati kami untuk kongsikan keperitan menahan rindu buat sang suami dan anak kepada bapanya.

Kenangan bersama mereka itu adalah satu kekuatan. Ingatan tersebut hanya mampu buat kita berdoa untuk dia kerana dia pernah berada dalam jalur kehidupan terindah kita. Walaupun perit lagi apabila mengenangkan anak kecilnya yang belum puas merasai kasih sayang daripada bapanya.

Luahan sayu seorang wanita ini, Faziera Hassan di laman Facebooknya telah kehilangan suaminya akibat kemalangan tempoh hari. Bertarung nyawa selama 9 jam dan empat kali jantung arwah terhenti, akhirnya suaminya pergi mengadap Illahi.

Satu je aku pegang ‘orang yang baik’ Tuhan ambik dulu. Walaupun berat untuk terima, itu lah hakikat sebenar.

Belum puas merasa kasih sayang suami, dia dah pergi. Aryan belom puas merasa kasih sayang papa, papa dah pergi. 8 bulan usia dia dah membesar dengan status anak yatim. Aku tak kuat, rebah tersungkur rasa hilang separuh dari nyawa ni, namun terpaksa gagahi untuk aryan. Besar tanggungjwab aku sekarang, aku lah mama aku lah papa. Amanah yang arwah tinggalkan untuk aku. Inshallah selagi ada kudrat, aku akan didik aryan jadi orang yang baik macam papa dia.

Sayang, awak suruh saya tunggu kat rumah sebab dah janji nak bawak adik pergi klinik kan. Saya dengan adik tunggu awak, tapi orang lain yang datang yang. Datang bawak berita pasal awak.

Awak tahu apa perasaan saya yang, rasa nafas saya yang terhenti sekejap. Kat rumah anak demam, kat luar suami kemalangan. Susah yang untuk saya plih yang mana patut saya utamakan. Tapi Allah hantar orang yang baik untuk jaga Aryan.

Tapi bomba tu tipu saya, dia cakap awak okey. Cuma cedera kat kaki je. Tarik nafas lega saya yang…

Saya pergi yang cari awak sebab takde sorang pun boleh bagitau saya macam mana keadaan awak. Sampai sana lagi sekali hati saya hancur yang tengok keadaan kereta awak, saya dah fikir awak mmang dah takde. 

Saya pegi cari awak kat hospital, tapi dorang tak bagi saya masuk yang. Kejamkan yang, bukan saya taknak ada di sisi awak yang saat awak bertarung nyawa, tapi dorang tak bagi yang. Saya mintak saya minta dan minta nak tengok awak, baru dorang bagi. Allah yang sekali lagi hancur hati saya tengok awak, wayar berselirat. Nafas pakai mesin, tak sanggup saya tengok yang. Saya suruh awak cakap yang awak akan selalu ada untuk saya dengan adik, tapi awak tak mampu nak cakap kan yang. Tapi saya tahu awk dengar masa saya bisikkan kat telinga awak supaya kuat untuk saya dengan adik. Saya tahu awak kuat yang.

9 jam awak bertarung nyawa, 4 kali jantung awak berhenti.

Tu tandanya awak memang kuat untuk saya dengan adik. Saya tahu yang awk dah berjuang tapi awak sakit sangat. Tgk keadaan awak saya tak sampai hati yang. Satu je doa saya masa tu, semoga Allah ambik awak dengan baik dan tenang. Allah mendengar yang doa saya, dia ambik awak. Terlalu berat untuk saya, tapi itulah kebaikan untuk awak.

Awaklah super hero saya yang. Kita nak kawen susah kan yang, macam-macam dugaan yang kita lalui. Tak sampai dua tahun kita berkongsi hidup sebagai suami isteri, awak dah tinggalkan sy. Belum puas yang tapi tetap saya bersyukur sebab Allah bagi pinjamkan lelaki yang baik baik baik baik baik dan tersangat lah baik. Lepas ni saya takkan jumpa lagi lelaki yang baik macam awak. Serba-serbi boleh. Tak pernah cakap tak boleh kalau saya nak, mesti dan pasti awak penuhi.

Mohamad Aryan Mikail Bin Mohamad Nurhanifh ni lambang cinta kita yang. Amanah yang awak tinggalkan untuk saya. Adik demam yang, dia rindu awak. Saya bagi adik peluk baju awak, dia cium yang baju awak. Dia rindu papa.

Adik kan selalu tido peluk dgn yang kan. Trima kasih yang sebab selama ni awak yang jagakan adik waktu malam untuk saya. Buatkan susu adik pkul 2, 3 pagi, tukar pampers adk. Kalau saya bngun sekali mesti awk suruh saya tidur kan yunk. Mesti awk cakap “awak tido la, esokkan awak nak keje”. Baiknya awak yang, padahal awak keje jugak kan yang. Awk tahu kan yang saya selalu sakit-sakit badan, awak yang selalu sapu minyak angin kat saya. Lepas ni saya dah tak dapat offer “ayang awak nak sapu mnyak angin ke” .

Allahuakbar berat yang berat. Tapi saya kene kuat kene redha. Macam mmpi yang. Saya harap hari ni saya bangun ni cuma mimpi. Tapi saya bangun harini, rupanya realiti yang pahit. Takpela yang, awk dah penat kan. Awak rehat kat sana. Tapi awk janji jangan lupakan saya dgn adik. Tunggu saya kat sana, nanti sampai masa saya dengan adik menyusul awak. Pasti yang pasti kami akan pegi jumpa awak. Kita jumpa kat syurga nanti ye yang.

Kami doakan semoga rohnya tenang dan bersama oran yang beriman.

 

Sumber: Faziera Hassan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)