Siakap Keli

Motor Kena Rempuh Tapi Masih Terpacak Kawal Lalu Lintas, Rakyat Malaysia Buat Sumbangan Tanda Penghargaan

Kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku pada setiap hari disebabkan beberapa faktor utama. Apabila berlakunya kemalangan, terdapat segelintir pengguna jalan raya akan menghentikan kenderaan mereka bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Sikap prihatin yang dipamerkan oleh segelintir masyarakat ini bukan hanya terhad kepada sesuatu kaum sahaja, namun secara menyeluruh seperti yang menjadi kebiasaan di negara yang berbilang kaum ini.

Menerusi perkongsian seorang mangsa kemalangan melalui laman Facebook Nat Tee, dia menceritakan terdapat seorang lelaki yang sanggup membantunya walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Ketika itu hujan sangat lebat dan saya dalam perjalanan dari JB ke KL melalui Lebuhraya Seremban-KL highway pada 7 Julai 2019. Kereta saya hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan ketika melalui Nilai Expressway (273.1) disebabkan air yang bertakung di atas jalan. Kereta saya  mengalami rosak teruk dan menyangka saya tidak dapt bertahan dalam kemalangan ini. Bersyukur pada tuhan saya masih diberi peluang kedua untuk hidup.

Kereta berhenti selepas terhempas pada pembahagi jalan  dan saya ingat ketika itu sekitar 8.20 a.m, penunggang motorsikal Melayu (saya namakan dia ‘lelaki berhati mulia’) dengan segera berhentikan motorsikalnya dan berlari ke arah saya. Dia membuka pintu kereta saya(ketika itu pintu bahagian pemandu tidak dapat dibuka daripada dalam) dan bertanya tentang kecederaan saya? Saya menyatakan saya dalam keadaan baik dan terperangkap dalam ruang yang sempit. ‘Lelaki berhati mulia’ ini membantu mengawal keadaan lalu lintas untuk mengelakkan kereta lain merempuh kereta saya  dalam keadaan hujan lebat.

Saya sangat terharu dengan kebaikan lelaki ini untuk mengawal keadaan lalu lintas. Selepas beberapa ketika, sebuah kereta Toyota Vios pula hilang kawalan pada tempat yang sama dan merempuh motorsikal lelaki berkenaan dan bernasib baik dia selamat. Selepas itu, dua lagi kereta yang hilang kawalan.

Dalam kejadian itu, saya sangat tersentuh dengan kebaikan lelaki tersebut. Ini membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Malaysia sanggup membantu satu sama lain  dan bersatu sebagai seorang komuniti yang berbilang bangsa dan budaya. Nasib baik rakan saya mendapatkan nombor telefon  lelaki berkenaan dan saya berpeluang menghubunginya yang bernama Mohd Fairul. Encik Mohd Fairul berkerja sebagai anggota bomba di Balai Bomba Seremban II.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Encik Mohd Fairul atas kebaikannya dan membiarkan anda semua tahu betapa saya menghargai  pengaruh positif dalam hidup saya. Saya harap anda berkongsikan semangat anda disini dan membiarkan lebih ramai tahu. Saya juga mendoakan supaya tuhan sentiasa menjaga kesejahteraan keluarganya, kesihatan dan kebahagiaan.

Jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Fairul Yahya dan berharap tuhan sentiasa merahmati anda dan keluarga.

Dalam pada itu, ada beberapa pihak yang berhati mulia membuat sumbangan kepada lelaki berkenaan.

Menerusi insiden ini, jelaslah bahawa rakyat Malaysia mempunyai hati budi yang mulia dengan membantu orang yang ditimpa musibah walaupun berbeza agama, bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum di Malaysia bukanlah penghalang bagi kita untuk menzahirkan kebaikan yang ada di dalam diri kita.

Sumber: Nat Tee

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra