Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Pernah Nampak Kucing Berbadan Ular,” Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Hidap Schizophrenia Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam dunia ini, penyakit boleh datang dari pelbagai bentuk termasuklah daripada psikotik iaitu daripada minda kita yang menganggu masalah dengan kehidupan realiti dan berkemungkinan ia tidak dapat mengawal dalam kehidupan seharian.

Mungkin ramai yang tahu dengan nama penyakit ini, mungkin juga ada yang belum tahu apa sebenarnya punca penyakit ini dan kenapa ia terjadi. Masalah mental ini bukan menjadi satu maslaah besar kepada individu tetapi cara untuk mengawalnya.

Begitulah perkongsian yang diberikan oleh Muhammad Faris Nazrin menerusi akaun Twiiternya sewaktu mengimbas semula perjalanan hidupnya sebagai seorang penyakil Schizoaffective Disorder iaitu sejenis penyakit mental yang ada simptom psikotik dan perasaan.

Perkongsiannya di laman Twitter untuk membuka mata para masyarakat tentang kehidupan pesakit seperti ini.

Ada simptom halusinasi

“Kekadang aku nampak dan kadang-kadang aku dengar…”

Menurutnya, dia bukan seperti pensakit yang lain yang hanya bercakap berseorangan di tempat umum tetapi hampir separuh masa dia hanya layan seorang sahaja. Dia juga menerangkan mengenai halusinasi visual akan muncul dalam pelbagai bentuk makhluk menyerupai manusia.

Unknowns adalah manusia biasa. Yang berjalan-jalan dalam tempat umum and kadang-kadang muncul di tempat yang tak sepatutnya dia muncul. Contohnya, waktu aku tengah masak kat dapur, dia muncul sebagai orang asing.

Delusi

Untuk pengetahuan anda, delusi ini jauh berbeza daripada halusinasi walaupun namanya seakan sama tetapi cirinya berbeza. Contohnya, bagi Faris ketika dia dalam keadaan delusi, dia seakan-akan rasa seperti orang lain tidak menyukainya. Dan beranggapan ada orang yang mengata dari belakang.

Kadang-kadang aku rasa macam mak tak sayang aku…”

Asosial

Bagi pengetahuan umum, simptom ini sejenis negatif daripada Schizofrenia di mana dirinya tidak boleh berada dalam keadaan yang ramai orang. Boleh dikatakan dia akan rasa rimas dan tidak boleh disentuh lama.

Baru je lepak sejam dua, dah nak gerak. Sebab aku tak boleh lelama. Satu lagi, aku rimas tengok orang ramai,  aku akan resah kalau aku tersalah cakap atau apa…”

Depression dan mania

Depression membuatkan aku rasa kosong, sedih, tak berguna, marah, tak bermaya, penat, rasa nak mati dan segala perasaan negatif…”

Mania pula adalah tenaga yang berlebihan. Apabila simptom ini berlaku boleh melakukan perkara yang paling memalukan di tempat awam. Sesetengah orang yang mengalami mania ini akan sukar untuk tidur.

Mania nampak macam okay je cam takde masalah. Tapi mania la paling bahaya. Sebab aku seolah-olah dah activate self destruct sequence aku. Dah la banyak tenaga, kurang rehat dan tidur.

 

Sumber: Muhammad Faris Nazrin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)