Peredaran masa dari hari ke hari telah membentuk satu generasi yang baru seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Hasilnya, setiap generasi mempunyai pengalaman serta pola pemikiran dan karakter yang berbeza kesan daripada beberapa faktor seperti keperibadian semasa.
Sekurang-kurangnya terdapat lima generasi dalam kurun 100 tahun terakhir ini iaitu Baby Boomers, Generasi X, Generasi Y, Generasi Z dan juga Generasi Alpha. Namun, tarikan dalam penulisan ini lebih menfokuskan kepada generasi kelahiran tahun 1985 sehingga 1995. Golongan yang dilahirkan dalam tempoh ini dikatakan sebagai generasi unik sepanjang zaman. Perkara ini dikongsi seorang individu menerusi halaman Twitter miliknya.
https://platform.twitter.com/widgets.js
Menurutnya, golongan yang lahir dalam tempoh ini berada di dalam dua zaman yang berbeza. Zaman yang dimaksudkan ialah antara zaman sebelum internet dan teknologi dengan zaman selepas itu seperti sekarang.



Menerusi perkongsian tersebut, dilihat bahawa generasi ini sebenarnya menikmati pelbagai pengalaman daripada dua zaman yang berbeza. Oleh itu, mereka pernah hidup dalam serba kekurangan tanpa teknologi canggih dan juga hidup dalam situasi yang sangat selesa seperti sekarang.
Walau bagaimanapun, setiap generasi mempunyai keunikannya yang tersendiri berdasarkan peredaran masa yang turut sama berubah. Jadi, anda generasi yang mana dan bagaimana pengalaman anda?
Sumber: Zambian Influencer