Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kucing mengiau kepada lelaki
Gambar: ImageFX

Kajian Dedah Kucing Lebih Cenderung Mengiau Kepada Lelaki, Ini Sebabnya

Aina Munirah

Kajian Dedah Kucing Lebih Cenderung Mengiau Kepada Lelaki, Ini Sebabnya

Kucing merupakan antara salah satu haiwan peliharaan yang paling digemari kerana sifatnya yang manja, comel dan penuh dengan keunikannya yang tersendiri.

Gelagat dan telatah mereka juga kadangkala mampu menceriakan suasana di rumah. Malah, kehadiran kucing mampu memberi kesan positif kepada emosi pemilik seperti mengurangkan tekanan dan rasa kesunyian.

Bukan itu sahaja, bagi pecinta kucing, setiap tingkah laku haiwan ini kadangkala mempunyai maknanya.

Sebagai contoh, bunyi mengiau dari mereka seolah menjadi cara mereka berkomunikasi untuk menyatakan keinginan, mendapatkan perhatian, rasa lapar ataupun emosi mereka.

Namun, satu kajian menunjukkan bahawa sebenarnya kucing lebih tertarik untuk mengiau kepada golongan lelaki berbanding golongan wanita.

Kenapa kucing tertarik untuk mengiau kepada golongan lelaki?

Para penyelidik di Turkiye telah mendapati bahawa kucing kerap ‘menyapa’ lelaki dengan lebih vokal berbanding wanita. Ia juga dikatakan merupakan salah satu cara kucing ‘memanipulasi’ manusia untuk mendapatkan perhatian.

Kajian baharu itu juga turut mendedahkan keupayaan kucing untuk mengkategorikan individu yang mempunyai ikatan rapat dengan mereka serta menyesuaikan tindak balas.

“Ini menunjukkan bahawa kucing mempunyai kebolehan kognitif yang membolehkan mereka menyesuaikan diri untuk hidup bersama manusia,” ujar penyelidik utama dari Kumpulan Penyelidikan Tingkah Laku Haiwan dan Interaksi Manusia-Haiwan di Universiti Bilkent, Kaan Kerman.

Walaupun kucing sering dilihat sebagai haiwan yang dingin dan tidak mesra, mereka sebenarnya sangat komunikatif serta mahir menyesuaikan diri.

Malah, suatu ketika dahulu, kucing juga pernah dilihat sebagai haiwan penyendiri dan memerlukan ikatan sosial.

“Namun, kucing sebenarnya sangat bersosial dan mereka berinteraksi dengan manusia bukan semata-mata untuk mendapatkan makanan, namun untuk mencari hubungan sosial dan membina ikatan dengan penjaga mereka,” tambahnya lagi.

BACA: “Wet Food” Penting Untuk Kucing Anda, Ini Sebabnya

Kajian dedah sapaan penting untuk menunjukkan interaksi antara kucing dan manusia

Dalam satu jurnal, Ethology turut menjelaskan bahawa sapaan merupakan cara untuk mengukuhkan hubungan serta menunjukkan interaksi antara kucing dan pemilik.

Bagi mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana kucing menyapa manusia, para penyelidik telah memberikan kamera kepada 40 orang pemilik kucing. Mereka diarahkan untuk merakam 100 saat pertama interaksi dengan kucing-kucing mereka selepas pulang ke rumah.

Para peserta juga diarahkan untuk bertindak biasa supaya interaksi yang dirakam menunjukkan tingkah laku sebenar.

Rakaman tersebut kemudiannya dianalisis oleh para penyelidik untuk menilai sama ada tingkah laku tersebut saling berkaitan dan sama ada faktor demografi berbeza akan mempengaruhi tingkah laku kucing.

Sembilan orang telah dikecualikan dari kajian ini atas beberapa sebab. Namun, 31 orang yang selebihnya menunjukkan bahawa kucing mereka lebih cenderung menyapa dengan kuat kepada lelaki berbanding wanita.

“Tidak ada faktor demografi lain yang mempunyai kesan yang ketara terhadap kekerapan atau tempoh sapaan,” ujar para penyelidik.

Mereka juga menjelaskan bahawa perkara ini mungkin berlaku atas beberapa faktor. Misalnya, jantina haiwan tersebut, baka dan bilangan kucing dalam rumah.

Namun, penyelidik mendapati bahawa jantina manusia merupakan satu-satunya faktor yang memberi pengaruh besar terhadap vokalisasi kucing.

Penyelidik juga menjelaskan bahawa hal ini mungkin terjadi disebabkan wanita lebih aktif dari segi komunikasi lisan dengan kucing mereka dan lebih mahir menafsir apa yang kucing mereka inginkan.

Para penyelidik berpendapat bahawa lelaki pula kurang cenderung untuk berkomunikasi secara lisan dengan kucing mereka.

Namun begitu, tafsiran ini masih bersifat spekulatif dan memerlukan penelitian lanjut dalam kajian pada masa hadapan.

BACA: Penyelidik Dapati Kucing Sebenarnya Tahu Nama Mereka, Namun Mengabaikannya Bila Dipanggil

Selain itu, penyelidik juga mendapati bahawa bunyi mengiau dan vokalisasi lain tidak mengikuti corak tingkah laku tertentu.

Pasukan penyelidik mengakui bahawa kajian ini mempunyai beberapa kekangan, termasuk saiz sampel yang kecil dan peserta yang berasal dari kawasan yang sama.

Mereka juga menyatakan bahawa kajian ini tidak mengawal faktor-faktor lain yang berpotensi penting, seperti tahap kelaparan kucing apabila pemilik mereka pulang, bilangan orang lain dalam rumah atau tempoh haiwan itu bersendirian.

Kajian terdahulu pula menunjukkan apabila mereka dipisahkan dalam tempoh yang lama, mereka akan kerap meregangkan badan mereka.

“Langkah penting yang seterusnya ialah untuk melakukan kajian ini sekali lagi namun dalam konteks budaya yang berbeza. Ini akan membantu kita memahami sejauh mana keputusan kajian ini boleh digeneralisasikan,” tambah Kerman lagi.

BACA: Rupa-Rupanya Kucing Mempunyai 276 Ekspresi Wajah Berbeza – Kajian

Sumber: Live Science