Siakap Keli

”Nampak Macam Nak Terkam, Rupanya Jilat Pipi,” Netizen Simpati Lihat Pak Belang Jinak Kelaparan

Nyawa seorang warga emas umpama berada di hujung tanduk apabila hampir diterkam oleh seekor harimau sesat dalam kejadian yang berlaku di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun, hari ini.

Namun, menurut mangsa harimau berkenaan hanya menjilat pipinya dan kemudian beredar daripada situ. Malah, warga emas tersebut tidak menerima sebarang cakaran atau pun kecederaan lain di bahagian badan.

Difahamkan, kemunculan seekor harimau itu menjadi tular di media sosial sejak tengahari tadi menerusi dua rakaman video yang masing-masing berdurasi satu minit 25 saat dan 11 saat.

Ianya menjadi tular di Facebook apabila kelibat ‘Pak Belang’ itu menimbulkan rasa cemas orang ramai kerana dilihat berada di tengah-tengah jalan raya di Hulu Dungun.

Sementara itu, memetik Bernama, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan rasmi berhubung kemunculan harimau itu pada pukul 11.30 pagi tadi.

Menurut Dr Abduk Malek, Kakitangan Perhilitan telah pun ke lokasi tersebut dan proses menangkap harimau itu sedang dilakukan.

Namun, pihak perhilitan sehingga kini masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemunculan harimau tersebut dan berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar.

Pada masa yang sama, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati mereka ke atas nasib ‘pak belang’ tersebut yang didakwa sesat dan meminta supaya orang ramai tidak mencederakannya.

Tolong jangan cederakan khazanah negara

Kesian dia mesti sumber makanan berkurang

Kalau ikut lumrah harimau kejar mangsa

Sumber : Bernama, Facebook

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra