Siakap Keli

Angkasawan Tidak Disediakan Tandas, Ini Antara 10 Fakta Menarik Misi Apollo 11

Pendaratan manusia ke Bulan pada 16 Julai 1969 menjadi penanda bagi perkembangan sains dan ilmu pengetahuan, di tengah-tengah Perang Dingin antara Amerika Syarikat (AS) dan Uni Soviet (sekarang Rusia).

Neil Armstrong, dan Edwin ‘Buzz’ Aldrin dikenali sebagai angkasawan Agensi Angkasa AS National Auronautics and Space Administration (NASA) yang pertama menjejakkan kaki ke Bulan.

Disebalik dua perkara tersebut, misi yang menelan nilai perbelanjaan sekitar US $ 25 bilion, meninggalkan sejumlah fakta yang jarang diketahui oleh orang ramai.

Berikut merupakan fakta-fakta dalam misi Apollo 11 yang berjaya dikumpulkan daripada pelbagai sumber.

1. Misi awal, hanya mahu menghantar orbit ke Bulan

Pada mulanya misi Apollo 11 ini hanya mahu menghantar angkasawan ke orbit Bulan. Namun, Presiden John F. Kennedy dalam ucapannya berkata, jika AS mendaratkan manusia di permukaan Bulan, NASA kemudiannya akan persiapkan misi supaya Apollo 11 dapat mendarat di Bulan dan kembali juga ke Bumi.

2. Ketiga-tiga angkasawan tenang ketika berlepas

Neil Armstrong, Michael Collins dan Edwin Aldrin, tidak dapat menutup rasa gelisah sesaat sebelum misi Apollo 11 berlepas dari Kennedy Space Center, Florida.

Dicatatkan denyutan setiap angkasawan ketika itu, Armstrong menjadi kru paling gugup kerana kadar denyutan jantungnya mencapai 110 bpm, Collin dengan kadar 99 bpm dan Buzz merupakan kru paling tenang dengan catatan 88 bpm. Kadar denyutan jantung normal adalah diantara 60-100 bpm perminit.

3. Kostum angkasawan dihasilkan oleh syarikat pakaian wanita

Playtex melalui bahagian International Latex Corporation (ILC) yang dilantik membuat pakaian untuk angkasawan. Keputusan ini telah mencetuskan perdebatan di kalangan syarikat fesyen.

Pengurus NASA dikatakan telah memaksa syarikat itu untuk bekerja di bawah Hamliton Standards, syarikat yang sempat memfailkan tuntutan mahkamah ke atas pelantikan Playtex. Namun pekerja Playtex berjaya menyelinap masuk ke Hamilton Standards untuk menuntut semula reka bentuk pakaian angkasawan, menghantarnya kembali dan akhirnya memenangi kontrak.

4. Angkasawan banyak meminum air berkarbonat

Michael Collins dalam buku ‘Carrying the Fire’ mendedahkan bahawa teknologi sel bahan bakar di kapal angkasa membuat kandungan H2 dan O bergabung secara tidak sempurna hingga membentuk H2O. Ini merupakan penyebab para angkasawan terpaksa meminum banyak minuman berkarbonat bagi mengelakkan dehidrasi.

5. Air berkarbonat membuatkan angkasawan sering melepaskan gas

Walapun keadaan semula jadi Bumi dan bulan Berbeza, penggunaan minuman berkarbonat tetap memberikan impak yang sama bagi para angkasawan. Gas yang terkandung dalam minuman karbonat menjadikan para angkasawan kembung perut dan sering membuang gas.

6. NASA tidak menyediakan tandas khas

NASA mengakui bahawa pihaknya tidak menyediakan tandas khusus untuk angkasawan apabila mereka merasa sakit perut. Walahasil, NASA malah memberi penyelesaian supaya para angkasawan mengambil ubat ubat anti cirit-birit agar mereka tidak perlu membuang air besar semasa di Bulan.

7  Nasib pertama, Buzz dan Armstrong

Jika Armstrong menjadi orang pertama mendarat di Bulan, maka Buzz rakannya menjadi orang pertama yang membuang air kecil di Bulan. Buzz dan Armstorng menggunakan alat khas seperti ‘lampin’ yang dipakai dalam pakaian angkasawan. Kedua angkasawan ini mendakwa sempat muntah semasa menyesuaikan diri dengan suasana di Bulan. Sisa muntah, air kencing dan ubat anti cirit-birit ditinggalkan dalam beg di Bulan.

8. Kesukaran menanamkan tiang bendera di permukaan Bulan

Armstrong dan Aldrin menganggap bahawa menanamkan tiang bendera AS bukanlah masalah besar. Namun, kedua-dua mereka berfikir kembali, apabila mendapati permukaan Bulan lebih  tebal daripada batu dengan lapisan debu yang tebal.

Mereka mengakui penanaman bendera itu merupakan salah satu tugas paling sukar semasa misi Apollo 11. Tidak lama kemudian, setelah mereka berdua bersiap untuk berlepas kembali ke Bumi. tiang bendera itu jatuh terbawa angin dan kemungkinan besar telah musnah.

9. Richard Nixon menyampaikan ucapan jika ketiga-tiga angkasawan itu hilang perhubungan daripada Bumi

Presiden Richard Nixon semasa pelancaran tersebut telah menyediakan dua jenis ucapan, iaitu apabila misi itu berjaya dan apabila ada kemungkinan sebaliknya akan berlaku. Nixon hanya akan menyampaikan ucapan hanya sekiranya ketiga-tiga angkasawan itu tidak pernah lagi kembali ke Bumi.

“Takdir telah menetapkan bahawa orang-orang yang pergi ke Bulan untuk menjelajah secara aman akan tetap berada di Bulan untuk berehat dengan tenang. Orang-orang pemberani ini tahu bahawa tidak ada harapan lagi untuk mereka kembali, tapi mereka tahu bahawa ada harapan bagi manusia dalam pengorbanan mereka.” antara isi ucapan yang akhirnya gagal dibaca.

10. Kuarantin selama dua minggu selepas kembali ke Bumi

Ketiga-tiga angkasawan akhirnya mendarat dengan selamat pada 24 Julai 1969 di Lautan Pasifik. Risau jika ketiga-tiga mereka akan membawa mikroorganisma dari Bulan, NASA memutuskan untuk mengkuarantin mereka hingga 9 Ogos 1969.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Nur Farra