Siakap Keli
Gambar : Google

Mahkamah Keluarga Seoul Lulus Permohonan Cerai Pasangan Song

Seoul : Sebuah mahkamah keluarga di Seoul pada Isnin meluluskan perceraian pasangan pelakon popular Korea Selatan Song Hye Kyo dan Song Joong Ki, lapor agensi berita Yonhap.

Mahkamah yang menjalankan sesi secara tertutup itu, bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Pasangan selebriti itu masing-masing mula mendapatkan nasihat perundangan mengenai perkahwinan mereka pada bulan lalu, selepas hampir dua tahun melayari bahtera rumahtangga.

Song, 33, berkahwin dengan aktres berusia 37 tahun itu pada Oktober 2017 selepas bergandingan dalam drama popular “Descendants of the Sun” yang ditayangkan pada 2016.

Song memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya pada lewat Jun.

Melalui agensi pengurusannya, beliau tidak menjelaskan punca perceraian.

“Saya berharap kemelut ini akan berakhir dengan lancar dan bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain,” katanya.

Agensi pengurusan pelakon wanita itu pula mengatakan alasan “perbezaan personaliti” dan kedua-dua gagal mengatasi perbezaan itu.

Menurut agensi itu lagi, kedua-dua pihak bersetuju dengan syarat perceraian termasuk pembahagian harta.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.