Siakap Keli
Foto: Daily Mail

Hilang Sejak 10 Tahun Lalu, Mayat Pekerja Pasaraya Akhirnya ‘Ditemui’ Belakang Peti Pembeku

Seorang lelaki berumur 25 tahun dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari rumah semasa ribut salji kira-kira 10 tahun yang lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada November 2009 itu, beliau didakwa telah melarikan diri oleh ibu bapanya selepas mereka bertengkar sebelum itu.

Beliau kemudiannya tidak dapat dikesan dan dijejaki oleh pihak polis sehinggalah satu ‘keajaiban’ berlaku pada awal tahun ini.

Imej mangsa semasa majlis graduasi(Foto: Council Bluffs PD/DailyMail)

Mayat seorang lelaki yang telah mereput ditemui di belakang sebuah peti pembeku dalam sebuah pasaraya yang tidak lagi beroperasi di Council Bluffs, Iowa pada Januari lalu.

Pihak kontraktor telah datang ke pasaraya berkenaan untuk melakukan kerja-kerja mengosongkan pasaraya tersebut sebelum menemui mayat lelaki berkenaan.

Menurut sumber, ia berlaku semasa mereka sedang menanggalkan peti ais di sebuah kedai dalam pasaraya terbabit. Mayat itu ditemui tersorok pada jurang berukuran 18-inci antara peti tersebut dengan dinding.

Pasaraya tempat mayat mangsa ditemui(Foto: Daily Mail)

Bahagian mayat yang tinggal kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Selepas ujian DNA dijalankan, mayat itu disahkan sebagai lelaki yang hilang pada tahun 2009 tadi.

Ujian dilakukan dengan membandingkan DNA beliau dan ibu bapanya selepas polis mengesyaki mayat itu milik anak mereka berikutan mendiang adalah bekas pekerja di pasaraya berkenaan.

Mengikut laporan pihak polis, tiada sebarang kesan trauma pada mendiang dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kemalangan.

Mereka mempercayai mangsa memanjat atas peti pembeku sebelum terjatuh di kawasan mayat beliau ditemui.

“Bunyi peti pembeku yang kuat berkemungkinan besar menghalang suara jeritan meminta tolong mangsa daripada didengari orang lain,”jelas  pegawai polis terlibat dalam kes ini.

Pihak polis akhirnya telah berjaya menutup siasatan kes ini selepas sedekad.

Sumber: Daily Mail

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.