Siakap Keli

Jaga Makan Je Kalau Tak Senaman Takkan Jadi, Gadis Ini Kongsi Tips Hilang 10KG Dalam Masa Sebulan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Wei dah macam mak orang dah aku tengok kau”

Telinganya dah lali dengan ayat tu. Bukan dia tak biasa dengar mereka kutuknya di belakang. Baginya, normal la badan dia ni, bukannya takda orang lagi gemuk dari dia.

Body shaming? Dia dah penat nak layan mulut orang, biarlah orang nak bercakap tentang tubuhnya yang bersaiz triple xl tu. Baik dia buat tak tahu je. Yang penting dia dapat makan apa yang dia suka.

Tabiat makannya makin menjadi-jadi bila dia berpindah ke sekolah di Pantai Timur. Negeri yang terkenal dengan pelbagai jenis makanan enak dengan harga yang murah.

Ada minat kat orang tak? Tipulah kalau kata takda. Tapi waktu memang takda seorang pun pandang dia sebab badan dia lagi besar dari mak crush.

Sehinggalah satu hari tu, ada seorang lelaki tegur dia,

“Fatin, kalau boleh, kau pakailah baju besar sikit, ni nampak bentuk badan kau tu,”

Dia tersentap.

Sejak itulah dia tekad, dia setkan dalam minda nak kurus dan sihat. Alhamdulillah, dalam masa sebulan je dia dapat hilangkan 10 kilogram.

Bukan mudah, tapi dia nekad. Buang tabiat makan dan gantikan dengan ‘rutin’ yang lain.

Dia hanya kurnagkan pengambilan nasi tapi langsung tinggalkan minuman manis. Paksa diri untuk minum air kosong. Even kalau dia teringin makan sesuatu (pada bukan waktu makan), dia akan terus ambil air kosong tu dan minum. Paling penting dia tinggal terus makan malam.

Paling penting, kena excercise. Dia exercise setiap hari tanpa skip. 30 minit sehari dia akan exercise ringan seperti push up, plank, sit up, squat dan lain lain.

Dia bukannya nak bangga sebab dah kurus, cuma nak buka mata ramai orang tentang pentingnya niat dan tekad. Orang kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Bersungguh-sungguhlah kalau nak capai sesuatu, tak perlu balas dengan kata-kata tapi lawan dengan buktikan perubahan.

Mereka yang mengutuk akan terdiam sendiri.

Sumber: Fatin Fatini

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)