Siakap Keli

“Saya Dah Padam Banyak Gambar Ainul Sebab Tak Nak Ingat” – Bapa

Sudah pasti, rata-rata rakyat Malaysia mengenali bayi kecil Ainul Mardhiah yang telah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram pada bahagian mulutnya bulan lalu. Sehingga kini, ‘bidadari kecil’ tersebut dilaporkan dalam keadaan yang baik dan sihat.

Terbaru, Ahmad Safiuddin melalui halaman Facebook miliknya menyatakan perasaan sebak yang dialami dirinya berikutan melihat perjuangan puteri sulungya itu. Baginya, dia tidak pernah menyangka bahawa puterinya itu akan sampai ke tahap begini.

Bila tengok ainul sekarang dengan tengok gambar ainul yang dulu, rasa sedih dan sebak termasuk rasa macam tidak percaya yang puteri sulung kami itu telah mengharunginya sebelum ini.

Dulu semasa kami menjaganya, bila tengok ketumbuhan itu, kami rasa biasa sahaja. Mungkin sebab sudah terbiasa.

Sekarang ini bila tengok gambar dahulunya, rasa macam cepat cepat tutup balik.

Kuasa Allah, ajaibnya Allah. DIA boleh menghendaki pada bila bila masa sahaja dia mahukan.

Allah izinkan ketumbuhan itu duduk dalam badan ainul dan Allah juga mengizinkan ketumbuhan itu dipisahkan dari tubuh badan ainul

Kami sendiri tidak pernah menyangka sebelum ini bahawa puteri kami akan sampai ke tahap macam ini.

Alhamdulillah, nikmat Allah yang tidak boleh kami dustakan.

P/s : Saya dah padam banyak gambar ainul yang dulu sebab tak nak ingat dan tak mahu ingat tetapi saya tinggalkan sekeping dua untuk tunjukkan kepada ainul bila dia besar nanti agar dia lebih menghargai dan menjadi insan yang bermanfaat di masa hadapan.

Image may contain: one or more people, people sleeping and text
Turut terselit melalui hantaran tersebut, Ahmad Safiuddin juga menyatakan bahawa dia telah memadam kebanyakan gambar Ainul kerana tidak mahu mengingati keperitan yang dialami oleh puterinya itu.
Walau bagaimanapun, dia telah menyimpan beberapa keping gambar supaya dapat ditunjukkan kepada Ainul setelah dia dewasa kelak. Harapannya besar agar puterinya itu akan lebih menghargai dan menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra