Siakap Keli
Foto: FB Angkatan Pertahanan Awam Seremban

Selepas Awang Besul, Giliran Tapir Pula ‘Lawat’ Penempatan Awam

Pada hujung minggu lepas, kita digemparkan dengan penularan video yang memaparkan dua ekor harimau ‘jinak’ yang memasuki kawasan perkampungan.

Terbaru, Jabatan Perhilitan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Seremban dilaporkan telah berjaya menyelamatkan seekor tapir yang dipercayai tersesat ke kawasan perumahan Lavender Heights, Senawang, Negeri Sembilan.

Foto: FB Angkatan Pertahanan Awam Seremban

Menurut laman Facebook Angkatan Pertahanan Awam Seremban, mereka telah menerima laporan mengenai kehadiran haiwan berkenaan daripada penduduk dan terus menghantar anggota dan pegawai ke lokasi kejadian.

Mereka berjaya mengepung tapir tersebut dalam halaman sebuah rumah sebelum menghubungi Jabatan Perhilitan seterusnya menangkap haiwan terbabit.

Foto: FB Angkatan Pertahanan Awam Seremban

Tapir itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: FB Angkatan Pertahanan Awam Seremban

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.