Siakap Keli
Gambar Hiasan

Gunung Tangkuban Parahu Meletus Lagi, Muntahkan Abu Dan Asap Tebal

Tidak asing lagi, gunung berapi yang sering dijadikan destinasi wajib jika melancongan di negara jiran ini telah meletus mengeluarkan debu-debu sehingga beberapa ratus meter jaraknya.

Menurut Pusat Pengurangan Bencana Vulkanologi dan Geologi, ketinggian Gunung Tangkuban Parahu ini mencecah 2,284 meter dari paras laut meletus dan mengeluarkan asap dan abu sehingga 200 meter pada pukul 3.48 tengah hari tadi.

Katanya lagi, letusan tersebut seolah-olah berlaku secara tiba-tiba dan mengejutkan ramai para pelancong dan penduduk sekitar. Sebagai langkah keselamatan diingatkan kepada orang ramai untuk sentiasa berada dalam berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

 

Sumber: Tribunews, Rasya Anggara

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)