Siakap Keli

Cara Guna Gincu Bibir Untuk Sentiasa Nampak Segar

Lipstik adalah kunci kepada penampilan wajah yang segar. Penggunaan lipstik yang salah, boleh membuatkan penampilan wajah anda menjadi suram.

Untuk mendapatkan penampilan lipstik yang menyegarkan, memerlukan beberapa tahap dan cara penggunaan yang betul.

Make up artis, Bubah Alfian berkongsi tips tentang cara menggunakan lipstik supaya sentiasa kelihatan segar sempena peringatan Hari Lipstik Kebangsaan di Amerika pada Isnin (29 Julai).

Pertamanya, apa yang perlu diperhatikan adalah jenis lipstik. Ini boleh dilakukan semasa anda membeli lipstik.

 

Bubah berkata, kepada CNN Indonesia “Pastikan lipstik tidak membuatkan bibir kering, ia boleh diaplikasi terus ke tangan dan jika kering, maknanya lipstik itu tidak bagus.”

Selain itu, lebih baik carilah lipstik yang tidak mengandungi merkuri atau terlalu banyak bahan kimia yang boleh merosakkan bibir.

Warna lipstik juga menentukan penampilan yang segar. pilihlah warna-warna yang cerah dan hangat seperti, merah jambu, oren atau nude.

Terlebih dahulu gunakan lip balm atau lip butter sebelum mengaplikasikan lipstik.

Bubah menjelaskan hal ini perlu dilakukan supaya bibir lembap sentiasa kekal. Bibir yang lembap akan kelihatan lebih segar berbanding bibir yang kering.

 

Setelah itu, gunakan pula lip liner pada di bahagian luar lipstik.

“Ini fungsinya agar penggunaan lipstik lebih kemas dan lebih sihat juga.” Terang Bubah.

Warna lip liner ini boleh disesuaikan dengan warna lipstik. Boleh jadi warna yang sama, lebih muda, atau lebih tua. Warna tua biasanya digunakan untuk membingkaikan bibir.

Terakhir, gunakan lip gloss untuk menjadikan bibir anda kelihatan lebih cerah dan segar.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)