Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ada Lebih 16,000 'Course', Ini Cara Daftar Coursera Guna MyDigital ID, Percuma 3 Bulan Untuk 100,000 Rakyat

Daftar Coursera
Kredit: Threads/chatgpt

Kementerian Digital menerusi MyDIGITAL Corporation menawarkan akses percuma kepada platform pembelajaran Coursera selama tiga bulan untuk sehingga 100,000 rakyat Malaysia melalui inisiatif Rakyat Digital.

Program yang dikenali sebagai Pas Pembelajaran Global Rakyat Digital ini membolehkan rakyat Malaysia yang mempunyai MyDigital ID mengakses lebih 16,000 kursus, projek berpandu (Guided Projects) serta program Sijil Profesional daripada universiti dan pakar industri seluruh dunia.

Antara bidang pembelajaran yang ditawarkan termasuk kecerdasan buatan (AI), teknologi, sains data, perniagaan dan literasi digital.

Sejak 16 September lalu, sebanyak 100,000 lesen Coursera mula ditawarkan secara berperingkat tertakluk kepada syarat kelayakan dan ketersediaan.

Dalam tempoh tiga minggu pertama, seramai 12,900 peserta telah mendaftar untuk mengikuti sekitar 43,000 kursus, dengan penyertaan tertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Perak.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengumumkan Inisiatif langganan kecerdasan buatan (AI) percuma kepada golongan anak muda diperhebat menerusi penambahan sebanyak 100,000 langganan susulan sambutan yang amat menggalakkan.

Bagi ramai yang masih keliru dengan cara untuk mendaftar masuk Coursera ini, hari ini SK kongsikan cara daftar melalui MyDigital ID menerusi perkongsian seorang pengguna Threads tahsaleow di bawah;

Cara Daftar Coursera

Hi! Ramai orang macam confused macam mana nak dapatkan 3 bulan percuma Coursera tu. I explain sikit ya.

Step 1: Kena ada MyDigital ID app. Register dulu.

Step 2: Masuk website rakyatdigital.gov.my login dan bahagian kanan atas boleh click dan pilih Global Learning Pass. Dia akan bawa anda ke Coursera.

Step 3: Register Coursera pakai email yg sama dengan My Digital ID. Mudahkan proses.

Step 4: Verify email.

Step 5: Baca terma dan syarat. Ada 1 course wajib kena complete kan. Senang je.

Intipati
  • Kementerian Digital menawarkan akses Coursera percuma tiga bulan kepada sehingga 100,000 rakyat Malaysia.
  • Pemegang MyDigital ID boleh mengakses lebih 16,000 kursus, projek berpandu dan Sijil Profesional.
  • Pendaftaran dibuat melalui rakyatdigital.gov.my sebelum pengguna dibawa ke Coursera untuk pengesahan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan