Siakap Keli

Jijik, Wanita ‘Kantoi’ Kencing Atas Longgokan Ubi Kentang Diburu Polis

Polis sedang memburu seorang wanita gara-gara perbuatan jijiknya yang didakwa membuang air kecil di atas longgokan ubi kentang di sebuah pasar raya.

Wanita itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV), dilihat berjalan-jalan di dalam pasar raya Walmart di Barat Mifflin, Pennysylvania selepas jam 10 malam pada 24 Julai lalu.

Dia kemudiannya menghampiri kawasan tempat letak ubi kentang sebelum kencing di atasnya.

Namun, perbuatan jijik wanita itu sempat dilihat oleh seorang kakitangan pasar raya tersebut.

Bertindak pantas, pihak Walmart segera membuang ubi kentang yang sudah tercemar itu dan menghubungi polis untuk melaporkan insiden berkenaan.

Malah, beberapa keping gambar wanita itu yang dirakam berlegar di pasar raya itu turut didedahkan dengan harapan supaya suspek dapat ditahan dengan segera.

”Tingkah laku sebegini amat keterlaluan dan kami bertindak segera membuang kesemua ubi kentang yang telah tercemar.

”Kami juga membersihkan kawasan yang terjejas untuk memastikan kebersihan dan keselamatan pelanggan kami.”

”Kami turut bekerjasama dengan polis untuk menjejaki individu yang bertanggungjawab agar dia dapat dikenakan tindakan yang sepatutnya,” kata jurucakap Walmart.

Sumber : Metro UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra