Siakap Keli

”Tolong Jaga Atau Letakkan Dia Di Rumah Anak Yatim..” Berusia 3 Hari, Bayi Comel Ini Ditinggalkan Nota Sayu

“Tolong jaga atau letakkan dia di rumah anak yatim. Saya minta maaf kerana tidak dapat jaga dia. Terima kasih.”

Begitulah antara bibit-bibit kata dalam sekeping nota yang ditinggalkan bersama seorang bayi lelaki awal pagi tadi.

Bayi lelaki tersebut dilaporkan ditemui di pintu masuk sebuah surau di Taman Subang Perdana, Sungai Buloh pada jam 6 pagi oleh ahli kariah surau berkenaan.

Saat ditemui, bayi lelaki itu ditinggalkan dengan sekeping nota dan lengkap berpakaian berwarna biru bersama sarung tangan dan diselimuti kain pelikat.

Bayi berkenaan didakwa masih hidup dan sihat. Gambar itu sedikit-sebanyak menimbulkan rasa sebak penduduk tempatan dan rata-rata netizen yang melihatnya.

Semoga suatu hari nanti dia bertemu semula dengan ibunya

Mudahnya meninggalkan, saya ni dah bertahun menunggu rezeki anak

Semoga ada yang sudi menjaganya dengan baik

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra