Siakap Keli

(Video) Lori Tangki Diesel Musnah Terbakar Di Lebuhraya NKVE, Ini Info Terkini Dari PLUS

Satu video tular berikutan kejadian kemalangan sebuah lori tangki diesel terbakar yang baru berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Damansara ke Kota Damansara hari ini.

Menurut laporan berita, kejadian ini juga menyebabkan kesesakan pada 5 kilometer pada laluan berkenaan. Bagaimanapun tiada kecederaan yang berlaku namun tidak dapat dikesan.

Keadaan lori tangki yang membawa diesel itu dipercayai 90 peratus musnah dijilat api. Bagaimanapun kuantiti tong tidak dapat dikenalpasti.

Pihak Plus telah mengeluarkan satu laporan di akaun Twitter rasmi mereka.

Ini info terbaru yang dikemaskini oleh PLUS dimana kejadian lori tangki terbakar di NKVE dari arah Bukit Lanjan ke Jalan Duta hanya lorong kecemasan sahaja yang ditutup. Manakala, lorong kanan dan lorong tengah dibuka seperti biasa. Keadaan trafik juga dlaporkan lancar. Kepada semua pemandu hati-hati dijalan raya.

Sumber: Rafiq, PlusTrafik

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)