Siakap Keli

(Video) Viral Rakaman Video Penunggang Motosikal Melambung Selepas Terlibat Kemalangan

Kuala Lumpur, 4 Ogos – Satu video pendek yang merakamkan kejadian kemalangan yang melibatkan empat penunggang motosikal, sebuah Myvi hitam dan sekurang-kurangnya dua lagi kenderaan menjadi viral dimedia sosial selepas dikongsi mulai petang tadi.

Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa mengenai kejadian terbabit namun kejadian itu dipercayai berlaku di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Puchong Intan petang tadi.

Kejadian terbabit menjadi bualan di laman media sosial susulan video dari jarak dekat itu merakam beberapa mangsa melambung selepas terlanggar Myvi tersebut.

Pihak Siakap Keli masih menunggu kemaskini mengenai kejadian.

 

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....